hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Sabtu, 18 Disember 2010

Episod 24


"Mana awak nak bawa saye ni??"Tanya Danish kehairanan.Daniese hanya tersenyum.

"Tengok sahajalah..."Katanya sambil mengenyit mata.Danish terpegun.

Mereka berdua menaiki kereta persendirian Danish,Skyline GTR dan dipandu oleh Daniese.Danish senyap.Dia tahu Daniese melakukan semua ini kerana dia tidak mengingat apa-apa.Selepas kemalangan itu,Daniese hilang ingatan.Dia tidak ingat semasa dia dan Dania dibuli oleh mereka.Mengingatkan perkara itu,Danish sedih.Dia rasa dirinya tidak patut dilayan seperti ini.Daniese...Maafkan aku...

"Jom turun!"Ajak Daniese.Danish kelihatan terpinga-pinga.'Apa sahajalah yang diangankan itu'.

Danish memandang sekeliling."OLD TOWN WHITE COFFEE??"Daniese mengangguk.Dia membuka pintu Danish lalu ,menariknya keluar.

***************************************

Daniese memesan kopi begitu juga dengan Danish.Masing-masing senyap.Tidak tahu apa yang perlu dibincangkan.

"Danish..jap lagi saya nak pindah.."Beritahu Daniese.Matanya memandang wajah Danish yang putih bersih itu.

"Jadi?"Danish bertanya.'Apa yang dia nak ni?'

Daniese menghulurkan tangannya dihadapan Danish seperti meminta sesuatu.Matanya dikenyitkan.Danish faham.

"Eh eh..tak malu..minta hadiah kat orang,,,"Ejek Danish.Dia menjelirkan lidahnya.Daniese sedikit pun tak terasa dengan tindakan 'berani' Danish tu.

Seketika kemudian kopi yang dipesan oleh mereka sampai.Mereka berdua menghirup sedikit kopi itu sebelum menyambung perbualan mereka tadi.

"Tak bagi tak pe..Ingatkan kalau bagi tadi nak ajak gi Hawaii..tapi nampaknya tak jadi.."Daniese berkata seperti mengungut.Danish hanya tersenyum.Dia memikirkan apa yang patut dikatakan.

"Apa?ingat saya kempunan sangat nak pergi Hawaii?Dah pegi la.."Danish membalas.

'Ape kene dengan Danish harini??'Daniese bermonolog.

"Okay..kalau tak nak saya ajak orang lain.."Daniese bangun dari tempat duduknya.Dia ingin menguji sejauh mana Danish boleh bertahan dengan kerenahnya.Danish turut bangun.Dia berjalan mendahului Daniese.

"Saya dah bayar,jom pergi taman permainan nak?"Jika tadi Daniese yang menarik tangan Danish,kini sebalikya pula.Merka berdua langsung ketawa sambil berjalan menuju ke kereta Audi milik Danish.

*****************************

"Amacam?Susah tak periksa tadi?"Tanya Syamil kepada Fitriey.Syamil,Fitriey,Dania,Daniel,E-One dan Irsyad masih lagi berada di kafeteria.Manakala Adam yang bertembung tadi  dengan Syamil tadi juga sudah hilang entah kemana.

"Huh...boleh tahanla..Tapi Dania mesti lah kacang.."Usik Fitriey sambil menjeling ke arah Dania yang nampaknya sedang rancak berbual dengan Daniel.Dania yang sedang berbual itu mendengar namanya disebut dalam perbualan Fitriey dengan Syamil.

"Asal sebut nama aku?"Dania bertanya.Perbualan antara mereka berhenti.Fitriey,Syamil,E-One dan Irsyad hanya tersengih.Dania memberikan pandangan yang sini.Tak lama kemudian,handphone Dania berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Dia membacanya,

             'Dania,abang dapat sponsor pergi Hawaii.Dania nak pergi?Ajak sekali ahli SapPhire dengan Miracle kalau Dania        nak.Lagipun Dania dah nak habis periksa dan dah nak pindah kan?Ajak sekali ye?Abang yang tanggung semua perbelanjaannya.Penginapan tak payah risau.Penerbangan pertama,Pukul 7.30.Jangan lewat.Abang bawa Hairie dengan Christina sekali ye?Tak marah'

                                                                                                                                           Abang Hyun-Jung

Dania membacanya dengan teliti.Seketika kemudian Dania tersenyum sendirian.Dia memandang wajah Daniel yang berada di hadapannya  yang sedang kehairanan itu.

"Yayyyy!!!Fit!!Jom pergi Hawaii!!!!!"Ajakan Dania yang tiba-tiba itu mengejutkan mereka berlima yang mendengar.'Hawaii??'

"Cik Dania..bagaimana dengan Miracle?Tak nak ajak ke??"Usik Syamil.Sebenarnya dia tiada niat apa-apa.Dania hanya tersenyum.

"Mestilah ajak sekali.Kesian dengan abang yang ada kat depan ni melopong."Kata Dania merujuk kepada Daniel yang berada di hadapannya.Syamil terkejut.Tak sangka Dania akan berkata begitu.Irsyad memandang Dania dengan wajah yang gembira.

"So,bila kita nak pergi?"Tanyanya.Dah ada orang sponsor,pergi jelah..tak pakai duit pun..err..cuma nak cenderamata tu kenelah beli sendiri.

"Hari Sabtu.Penerbangan pertama pukul 7.30 pagi.Beres??"Dania terus-terusan senyum Tak sabar.

"Beres!!!"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    3 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=