hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Sabtu, 9 Januari 2010

Episod 3

PANG!!






Warna merah akibat tamparan jelas di pipi Danish.Mereka semua terkejut.Tidak berani berkata apa-apa.Daniese puas.Puas sebab dapat menampar orang yang merendahkan maruah dia.Dia benci!Dia benci dengan orang yang sebegitu.



Dania pantas menarik tangan Daniese sebelum keadaan menjadi lebih tegang.Daniese hanya mengikuti langkah Dania.Sebelum mereka melangkah lebih jauh,Daniese sempat memberikan jelingan tajam kepada Danish.




"Danish,kau tak pape?"Tanya Daniel risau.Daniel masih mengusap pipinya yang masih terasa keperitannya.




"Tak papelah...setakat kene tampar je.."Danish bersuara.Kenapalah pompuan tu prejedis sangat?Tapi dia sedar salah dia juga kerana tak patut cakap macam tu..



"Perempuan tu kurang ajar betullah!!"Marah Erman.



"Macam manalah dia diterima masuk sekolah ni?"Marah Hafiz pula.



"Aku tak sangka perangai dia macamtu.."Haqem menggelengkan kepalanya.Mereka semua menoleh ke arah Haqem kecuali Danish.Haqem pelik.




"Kenapa?"Dia mengerutkan kening.



"Kau kan ketua pelajar kan?kau mesti boleh buat sesuatu kan.."Mereka semua menghadap muka Haqem dengan penuh mengharap.



"Errr...sorilah..aku tak boleh buat ape-ape.."Haqem tersengih.Mereka semua mengeluh hampa.



"Aku harap kalau geng kita yang dulu mesti boleh buat benda macamni kan?"Hafiz berkata seorang diri tetapi Erman yang berada di sebelahnya dapat menangkap percakapan Hafiz.



"Geng yang dulu?Yang mana?"Erman bingung.Mereka memandang muka Erman yang tetiba je bercakap tentang geng mereka yang dulu.



"Siapa lagi..senior kita yang dulu tu...sape eh namanyer?"Dirinya sendiri bingung.Dia menekur ke lantai.Berfikir sejenak.Dan


"HAH!!Senior Hyung Jae.."


"Huh?!Mamat jepun tu??"Adam mencebik.Tak suka nama tu.


"Bukan jepun tapi korea..sayang..dia kan dah kat kolej..kalau ada dia mesti boleh tolong."



"Apalah..harap je tag
nama ketua pelajar..tapi itu pun tak leh buat.."Adam mengejek Haqem.Tapi Haqem buat selamba je..malas nak layan..bising je tau!



"Tapi nanti cuti dia datang kan bila cuti semester?"Daniel tanya.


"Mungkin..."



Danish tidak bersuara.Dia masih lagi rasa sakit hati dengan Daniese.Tapi dalam masa yang sama juga dia rasa kesian.Kesian?Kenapa?Ahhh!dia sendiri tak tahu!!


*************************





Daniese duduk di luar manakala yang lain duduk di dalam.Tiba-tiba E-One menghampirinya....



"Daniese,kau tak pape?"Tanya E-One yang kini berada di sebelahnya.Dia risau.Tangannya cuba memegang tangan Daniese.Daniese berasa kurang senang.



"Tak.Aku tak pape..tak payah risau sangat.."Daniese menolak tangan E-One.E-One berasa sedikit terkilan.Mereka bertujuh selepas bergaduh tadi,terus pergi ke rumah Daniese selepas Dania meminta kebenaran daripada pengetua.Danish dan E-one berada di luar berdua-duaan.Yang lain kini berada di game room.



"Benci betul aku dengan diorang!Apa?Ingat diorang lelaki diorang boleh buat kitaorang macam tu?"Marah Dania.



"Wei..kitaorang pun lelaki gak..."Azzam mencelah.Dania hanya tersengih menyedari dirinya terlepas cakap.




"Daniese kau ok ke tak ni?Diam je?"Tanya Ikhwan pula setelah Daniese masuk ke dalam bersama-sama E-One.Daniese mendengus.



"Aku cakap aku tak pape tak papelah!!"Dia bangun dan keluar daripada bilik itu.Mereka semua terkejut.




"Dania..pergi pujuk dia..kitaorang tak pandailah dalam bab pujuk-memujuk ni.."Fitriey yang sedang bermain snooker mengarah.Dania hanya mengangguk lalu mengikuti langkah Daniese.



"Niese..kenapa dengan kau ni.."Dania cuba memujuk Daniese yang sedang duduk di sofa berada di dalam biliknya.Kedengaran Daniese mengeluh.



"Aku tak tahulah Nia...aku ni buruk sangat ke?Kenapa mesti dia hina aku?Kenapa mesti dia ungkit cerita dulu?"Daniese mula menangis dah.



"Sebab dia tak tahu..kau jangan ambil hati sangatlah.."Beritahu Dania.Memang betul.Bukan semua orang kenal Daniese dengan terperinci.Semua rahsia ahli kumpulan ini disimpan bersama.Sahabat baiklah katakan..



"AKU BENCI TAU TAK!!!"Daniese menjerit.Bergema bilik itu sebentar.Belum sempat Dania berkata,handphonenya berbunyi.Dia terus menjawab.



Setelah beberapa patah percakapan,dia meletakkan handphonenya kembali.


"Kenapa?"Tanya Daniese yang dah mula sedikit tenang.


"Parents kau tak dapat balik minggu ini,diorang sekarang ni kat New York cuba dapatkan pelaburan yang terbesar.Diorang minta maaf."Terang Dania.Daniese mengeluh.Ingatkan bila ibu bapanya balik,dia ingin bercuti bersama mereka,tapi lain yang jadi.



Dania berasa kasihan melihat Daniese,.dahulu dia keseorangan kerana ibu bapanya asyik sibuk menjalankan perniagaan mereka.Dan,semasa nama SaPpHire melonjak naik,dia ditinggalkan oleh kekasihnya yang meninggal dunia ketika dalam perjalanannya ke anugrah tersebut.Daniese hampir mengurungkan dirinya selama 2 bulan.Dan selepas 2 bulan itu jugalah,dia berubah daripada Daniese yang penuh dengan sifat kewanitaan kepada tomboy.



"Dania,apa kata nanti masa cuti kita pergi Seoul nak?Kita menginap kat hotel bapak aku?"Daniese mengajak.Ibu bapanya takde,dia akan ajak kawan-kawannya pulak.



"Hah?"Dania terpinga-pinga.Tak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Daniese.



"Kita pergi holiday kat Seoul nak?"Daniese mengulang.Dia dah mula tersenyum.



"Hemmm..oklah!"Dania lega apabila Daniese sudah tersenyum kembali.Sekurang-kurangnya Daniese boleh tersenyum kembali..buat masa sekaranglah...












2 ulasan:

  1. cepatlah sambung.. best lah..

    -suancui-

    BalasPadam
  2. sy rs kan..susah awk buat watak byk n then nama dekat2...smpi awk sndri pun tersilap...

    BalasPadam

JoM LePaK SiNi

  • Kota Damansara Community Forest Park - *Pengenalan* *Hutan Simpan Kota Damansara* diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari, 2010 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1534. ...
    2 bulan yang lalu
  • the world doesn't make sense! - "Where the hell are you bringing us, Ella?" The boy wiped the sweat dripping down the side of his forehead, his steps long, trying to catch up without trip...
    7 bulan yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    2 tahun yang lalu
  • Cerpen: Dia Berada di Carta Hati - Full version :) Maaf di atas segala kekurangan. Enjoy reading! “Tak nak!” Jerit aku sekuat hati ketika Amanina menarik tangan aku ke arah kereta yang dah...
    3 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    6 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    6 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    7 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    7 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    8 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=