hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Rabu, 10 Februari 2010

Episod 10



Suasana di airport sedikit kecoh dengan kehadiran seorang lelaki.Seorang lelaki yang berdarah kacukan England dan Korea.Dia melepasi balai berlepas dengan segak.Ramai mata memandang ke arahnya.Dia menaikkan cermin mata hitamnya ke atas.Dia menuju ke arah seorang gadis muda yang kelihatan seperti teman wanitanya?



"Wah...rindunya....dah lama tak jumpa abang.."Kata Dania.Hyun-Jung hanya tersenyum melihat telatah adiknya yang sorang tu.



"Abang pun rindu jugak..."Katanya.Dia masih belum melepaskan pelukan.Dania sudah kelemasan.



"Abang..lemaslah kita..busuk pulak tu!"Dania cuba melepaskan pelukan abangnya.Nampaknya sudah susah sedikit.Biasanya sekejap sahaja dia dapat lepas.Dah kuat la tu!Ejek Dania dalam hati.



"Hek eleh...abang dah sembur perfume banyak-banyak pun bau busuk lagi ke?Entah-entah adik kita ni yang bau busuk..."Usiknya.Dia akhirnya merenggangkan pelukannya.Tapi masih belum puas lagi.Mereka berdua berbalas senyuman.Kepalanya dinaikkan untuk menjengah.



"Abang cari siapa?"Soal Dania.



"Mana yang lain?"



"Oh..diorang kat rumah Daniese..aritu Daniese accident,so diorang tengah jagalah tu..nak lawat sekarang ke?"Hyun Jung hanya mengangguk.Kemudian dia menggeleng.



"Nantilah dulu,abang nak rehat,kan baru balik daripada luar negara,lagipun abang masih belum puas nak bermanja dengan adik abang yang seorang ni.."Dia mencubit pipi Dania.Dania mengusap pipinya.



"Dahlah,jom balik.."Hyun-Jung menarik tangan adiknya dan keluar daripada lapangan terbang dan terus menuju ke kereta Lamborghini Allar milik adiknya.


**************



Hyun-Jung sedikit terkejut dengan masakan yang disediakan oleh adiknya itu.Semuanya nampak lazat.



"Abang,jangan makan gelojohlah..buruk muka tu nanti,tak laku tau!"Dania mengusik abangnya.Hyun-Jung lantas memperlahankan cara makannya.



"Sedap adik kita ni masak..tak rugi abang hantar pegi kelas memasak dulu kan?"Dania tersenyum mendengar pujian abangnya itu.Dia meletakkan periuk yang berisi sup ayam di hadapan abangnya.Dia terus duduk bersama.



"Macam mana perniagaan kat sana?"Tanya Dania.



"Okeylah....penat tau abang kerja sorang-sorang!Dania tak tolong pun!"Hyun-Jung pura-pura marah.Selepas kematian kedua ibu bapanya,Hyun-Junglah yang mewarisi syarikat mendiang papanya.



"Eleh..macam manalah kita nak tolong,abang kat Denmark,kita kat Malaysia,jauh sangatlah.."Dania sengaja mengusik abangnya.Hyun-Jung memandang adiknya,tajam.



"Duit Dania kan banyak,kenapa tak beli tiket terbang ke sana?"Hyun-Jung membalas.



"Alah..macamlah abang tak tahu,kita sibuk dengan jadual..kita kan penyanyi.."Dania tersengih.Hyun-Jung diam.Dia tahu,adiknya ini pandai membalas,dahlah bijak pulak tu..



"Tahulah adik kita ni dapat anugrah pelajar paling pintar.."Sindirnya.Namun tak memberi apa-apa kesan pada Dania.



"Macam mana pulak sekolah baru Dania?Ok?"Tanyanya.



"Kira okeylah..tau tak abang,kumpulan Miracle,boy band hensem tu sekolah kat situlah abang.."Beritahu Dania teruja.



"Iye ke?Ada yang Dania suke ke?"Tapi muka Hyun-Jung nampak tak teruja.Dia hanya mahu mengambil hati Dania.Takut nanti Dania berkecil hati.



"Adalah sorang tu...tapikan,dia keras hatilah.."Dania berkata.Hyun-Jung memandang muka adiknya lama.



"Esok bawak abang lawat sekolah adik boleh?"pinta Hyun-Jung.Dania mengangguk pantas.Memang itulah yang dia harapkan.Esok dia akan jadi maid Miracle setelah sebulan tertagguh akibat kemalangan Daniese,jadi jika ada yang buli,dia tinggal panggil saja abangnya.

*************


Loceng sekolah telah berbunyi.Semua pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam kelas.Tetapi tidak pada Dania dan Daniese.Mereka berdua terpaksa membersihkan bilik Miracle.Tapi yang paling sakit hatinya bilik itu bersih!Apa yang hendak dikemas?Dania dan Daniese tak habis-habis menyumpah kumpulan Miracle yang tamak sangat nak mengenakan mereka berdua.



"Seronok bersihkan tempat ini?"Sindir Adam.Mereka baru sahaja habis kelas.Jadi seprti biasa mereka akan ke bilik inilah.Tapi kali ini ada excited sikit.



"Kelas dah habis?Jadi dah boleh balik kan?"Mereka berdua asyik menyumpah-seranah kumpulan itu sampai tak sedar waktu sekolah sudah pun tamat.Dania dan Daniese bergerak ke meja kecil yang menempatkan beg diorang dan terus menggalas ingin keluar daripada bilik itu.Namun Hafiz menghalang.



"Kita orangkan majikan korang,jadi kitaorang yang tentukan masa habis kerja korang.,faham?So,letak balik beg korang tu.Kecuali kau,Daniese.Kau boleh balik."Kata Adam sambil menjuihkan bibirnya ke arah meja yang meletakkan beg mereka tadi.Yang lain menuju ke ruang tamu dan terus duduk di sofa melepaskan penat begitu juga dengan Adam selepas berkata.Dania hanya memandang ke arah Daniese yang sudah berlalu pergi di sebalik pintu itu.Beruntung kau!



"Apa yang kau buat tergecat kat situ?Kau,kata hebatkan kalau buat air?Tak nampak ke kami semua ni penat?Apalagi,buatlah air untuk kitaorang!"Jerit Adam sambil menunujukkan jari telunjuknya ke arah Dania.


Dania tersentak.Yang lain hanya tersenyum melihat tindakan Adam itu kecuali Daniel.Dia berasa kasihan melihat Dania tersentak akibat disergah oleh Adam.Dania dengan muka masam berlalu ke pantri.Dia ingin membuat air oren.Dibukanya laci meja pantri untuk mencari gula.Tetapi tak jumpa.Dibukanya di sebelah pula.Tidak juga berjumpa.Mana gula?Dia akhirnya menggaru kepalanya yang tak gatal itu.



Daniel yang memerhatikan gelagat Dania tersenyum seorang diri.Adam yang melihat perlakuan Daniel itu pelik.Daniel berlalu ke pantri untuk membantu Dania mencari gula.Dia membuka kabinet di atas.Dia mesti tak perasan ada kabinet kat belakangnya.Gumam Daniel dalam hati.Dia meghimpit sedikit badan Dania untuk mengambilnya kerana ruang di situ agak sempit.Dania beralih ke tepi kerana berasa tak selesa.



Akhirnya Daniel mengeluarkan sebuah paket berisi gula dan menghulurkannya kepada Dania.Dania terkaku.Lidahnya kelu.Daniel tahu apa yang berada di hati Dania ketika itu.Pasti dia tak percaya yang aku dah tolong dia.Daniel hanya tersenyum dan terus berlalu ke sofa untuk menyertai kumpulannnya semula.



Adam yang melihat segala perlakuan Daniel berasa menyampah.Nak tunjuk yang dia gentleman la tu!



Setelah beberapa minit,Dania muncul dengan membawa jug yang berisi air oren dan dulang yang membawa beberapa gelas.Dia meletakkannya di atas meja.Sebaik sahaja berpusing,dia terdengar suara Adam.



"Takkan letak kat situ je?Tahulah kitaorang ni takde bagi gaji,tapi sebagai kau sebagai orang gaji kat sini mesti hormati majikan..jadi,tuang air ke dalam semua gelas dan bagi hulurkannya kepada kami."Kata Adam dengan angkuh.Dania hanya diam.Malas nak melawan.



Dania melipat sedikit hujung legan bajunya kerana berasa panas.Penghawa diingin yang berada di dalam bilik itu tidak sedikit pun menyamankan.Dia memulakan arahan yang baru sahaja di berikan kepada Adam.Selepas siap menuang air ke semua gelas,dia berjalan ke arah semua ahli kumpulan Miracle yang berada di situ.Nasib baik mereka semua menerimanya dengan baik.Sampai sahaja pada giliran Daniel,Dania menghulurkan gelas oren kepadanya dengan senyuman yang paling manis.Itu sebagai tanda terima kasih kerana dah tolong mencari gula tadi.Daniel terpegun melihat senyuman ikhlas yang dilemparkan oleh Dania khas untuk dirinya buat kali pertama.Adam pula mencebik.



Dan pabila Dania menghulurkan gelas kepada Adam sebagai orang yang terakhir,Adam mengambil kesempatan dengan mencengkam pergelangan tangan Dania.Dania mengaduh kecil.



"Ouch!lepaslah.."Dania sedikit merayu.Adam hanya tersenyum.



"Kan sama macam yang ahli kau buat kat aku masa kali pertama kau jumpa kitaorang.Siapa eh namanya?Oh..Azzam.Boleh tahan.Couple kau ke?Kalau ye,cakaplah kat dia,aku tak akan benarkan dia ambil kedudukan aku sebagai atlet sekolah ini.Faham?"Amaran Adam.



Ahli kumpulan yang lain tak kisah apa yang Adam hendak buat,tetapi tidak bagi Daniel.Air yang diberi kepadanya langsung tidak disentuh.Dia menggenggam tangannya.Geram dengan tindakan berani Adam yang sedang mencengkam kuat tangan Dania.Daniel hendak bangun tetapi terbantut apabila pintu bilik itu dikuak.


"Apa yang korang buat kat dia hah?"Muncul Hyun-Jung dengan muka yang serius.Matanya tertancap pada tangan adiknya yang dicengkam oleh salah sorang lelaki yang di situ.Dia naik berang.



"Lepaskan tangan dia!"Jerit Hyun-Jung.Selepas diberitahu oleh Daniese yang Dania masih berada di dalam bilik itu dan kemungkinan Dania akan dibuli,ia terus pergi ke sekolah.Dan tepat pada jangkaan,Dania memang sedang dibuli.



"Dia ni?"Adam berkata sambil mengangkat pergelangan tangan Dania yang sedang dicengkamnya.Dia turut menguatkan cengkamannya lagi sehingga Dania menjerit.Adam kemudiannya tersenyum dan terus menolak Dania dengan keras sehinggakan Dania terjatuh dan kepalanya terkena bucu meja.



"AHH!!Sakit!!"Jerit Dania.Kemudian Dania senyap.Darah pekat mula mengalir dari kepala Dania.



Hyun-Jung menjadi semakin berang apabila melihat adiknya ditolak sehingga pengsan.Lantas dikepal penumbuknya dan singgah ke muka Adam yang sedang berdiri selepas dia menolak Dania tadi.



BUKK!!



Adam tersungkur dan bibirnya pecah.Syamil dan yang lain bangun untuk membantu Adam bangun.



"Tak de sesiapa pun yang boleh sentuh dia!!"Marah Hyun-Jung.Dia lantas mendukung adiknya yang sudah pengsan itu.Dia rempuh pintu bilik itu dan terus meninggalkan bilik dengan situasi yang kecoh.



"Kau tak pape?"Tanya Danish risau.Adam mengesat darah yang mengalir dari bibirnya.



"Tak.Kuat juga dia.Siapa dia tu?"Mereka semua menggeleng tak tahu.Daniel membatu.Dia takut dengan keselamatan Danjeling tajam ke arah Adam.Kia.Daniel menalau terjadi sesuatu kat dia,siap kau ADAM!!

2 ulasan:

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    4 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=