hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Khamis, 18 Februari 2010

Episod 12

Lagi enam bulan sebelum mereka berpindah,mereka perlu mengambil peperiksaan besar.Fitriey dah tunjukkan buku-buku yang perlu dibaca.Ianya disusun penuh di rak buku.Mereka melopong melihat buku itu.Ada yang setebal bantal diorang,ada yang nipis macam laptop,ada gak yang tebal macam..ahhh!tak dapat nak digambarkan.Muka Dania masih selamba.Diakan budak genius,pasti ambil masa yang singkat je.


"Macam mana kita nak hafal semua ni dalam masa 6 bulan?"Tanya Azzam sanbil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Entah..baca je lah..untung apa pengetua dah bagi..tak payah nak beli.."Fitriey menjawab dan selepas itu ketawa.Entah apa yang kelakarnya.


"Dania,mesti senang bagi kau kan?"Usik E-One.Dania nampaknya sudah duduk di sofa dan dah ada buku yang berada di tangannya.E-One melihat di rak buku,salah satu buku di situ sudah diambil.


"Ok..nampak je bukunye tebal..tapi kandungannya senang nak dihafal."Rumus Dania.Mereka yang lain menggeleng mendengarnya.


"Dania doktor cakap apa?"Tanya Irsyad.Dania menggeleng.Abangnya berpesan supaya jangan diberitahu sesiapa.


"Emm..dahlah,loceng dah bunyi..masuklah kelas..jangan ponteng."Ikhwan sudah berada di muka pintu bersedia hendak keluar.Mereka semua terus keluar.

************


 Dania yang sedang duduk bersebelahan dengan Daniese di dalam kelas berasa terrganggu apabila budak lelaki yang duduk bersebelahan dengan Dania asyik mengusik.


"Aish!Sakit apa budak sebelah kau tu?"Rungut Daniese.


"Entahlah..biar jelah..cepat tulis..Madam Young dah nak siap."Dania terus menyiapkan laporannya tanpa mempedulikan orang yang mengacau mereka tadi.


"Listen boys and girls,malam ini akan diadakan majlis tari menari di dewan sekolah.Kamu semua dikehendaki memakai baju sama warna dengan pasangan kamu.Majlis mula pada pukul 8.00 malam.Faham?"Kata Madam Young yang masih tak berhenti menulis di papan putih.


"Faham.."


Kebetulan Adam yang duduk di hujung kelas itu hanya memerhatikan Dania dari jauh.Dia rasa sesuatu yang pelik dalam diri dia.Sesuatu yang dia tak pernah rasa.Rasa bersalah ke?

*************

"Kau tahu tak malam ni ada apa?"Soal Emizal.Mereka semua mengangguk serentak.


"Malam prom.."


"Korang dah ada pasangan ke?"Soalnya lagi.Kali mereka semua menggeleng kecuali Farhan,Emran dan kembarnya,Erman.Alah..diorang ni kan playboy..


"Aku nak ajak adik aku jelah.."Beritahu Syamil.Mereka semua sedang duduk memikirkan sesipa yang nak dibawa ke majlis prom itu.Begitu juga dengan SaPpHire.


"Kau nak ajak siapa Fitriey?"Tanya Azzam.Fitriey mengangkat keningnya.


"Aku?Aku mestilah dengan Daniese.."Fitriey mengenyitkan matanya.Daniese buat-buat muka muntah.


"Kau pula Dania?"Tanya Ikhwan.


"Aku pergi dengan abang aku la..apa?kau ingat aku nak bawa kau?Jangan mimpilah.."Kata Dania.Ikhwan buat muka sedih.Tiba-tiba sahaja Daniese bangun dan menarik tangan Dania.


"Eh..eh..nak gi mana?"Tanya Dania.Yang lain juga pelik.Daniese tersenyum.


"Apalagi...beli bajulah..."Azzam,Fitriey,Irsyad,Ikhwan dan E-One menggeleng.


"Bye!!"Kata mereka berdua.


"Kau suka Dania ke Ikhwan?"Tanya Fitriey.Mereka semua menunggu jawapan yang akan keluar daripada mulut Ikhwan.


"Ha'ah.Aku suka dia."Katanya ringkas.Yang lain semua terkedu.

*************

Di pintu masuk dewan sudah penuh dengan kereta-kereta mewah yang sudah bersedia untuk menurunkan tuan punya kereta itu.Nampaknya semua berpakaian mewah.Mereka semua turun berpasangan.


Kini giliran kereta limousin bewarna putih pula untuk turun.Pelajar-pelajar perempuan yang tidak mempunyai pasangan menunggu untuk jika ada salah seorang daripada mereka yang tidak mempunyai pasangan seperti mereka.   

1 ulasan:

  1. okay...
    tggu episod baru ;D
    best!
    nak tau apa tjadi kat prom niaght tu

    BalasPadam

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    3 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=