hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Khamis, 7 Januari 2010

Episod 1

4 buah kereta memasuki perkarangan sekolah.Pelajar menjerit kerana kereta tersebut bukanlah kereta biasa,tetapi kereta sport,Lamborghini Alar,Porsche Carrera GT,Ferrari F50 dan satu lagi kereta Mercedes-Benz.Keempat-empat kereta itu memarkir di tempat limo Miracle parkir.Miracle yang melihat di tingkap hanya terlopong.

Pintu kereta Porsche terbuka.Dua pelajar lelaki berpakaian formal keluar.Pelajar perempuan menjerit sehingga Miracle terpaksa menutup telinga.Pintu kereta Ferrari juga terbuka,dua pelajar lelaki keluar juga,pintu kereta Merc juga terbuka.Kali ini hanya seorang lelaki yang keluar.Pandangan mereka sekarang tertumpu kepada kereta Lamborghini itu.Kedua-dua pintu itu terbuka.Keluar dua pelajar pelajar perempuan juga berpakaian formal.Bunyi siulan mula kedengaran.


"Siapa diorang tu?"Tanya Danish.Tapi tak de sesiapa yang jawab.


Mereka bertujuh melangkah memasuki sekolah itu.Dengan seyuman yang paling manis dihadiahkan oleh mereka,mampu mencairkan hati perempuan yang melihat begitu juga yang lelaki.Kemudian terdengar sorakan.


"SaPpHire!SaPpHire!SaPpHire!SaPpHire!"


"SaPpHire??!!"Hampir kesemua ahli Miracle tersedak.


SaPpHire menuju ke bilik pengetua.Pelajar lain semua hanya mengikuti.Miracle langsung tidak mereka layan walaupun mereka berada di tepi.Bila pintu bilik pengetua ditutup,pelajar lain bersesak di hadapan bilik pengetua sehingga Miracle terpaksa berganjak ke tepi.Yang kesiannya,mereka kene tolak padahal sebelum ni tiada sesiapa pun yang berani menyentuh mereka.


"Gila apa diorang ni?tak nampak ke ni Miracle?"Erman bersungut.Selepas mereka semua 'ditolak' oleh pelajar lain,mereka menyembunyikan diri di dalam bilik rehat mereka.


"Biasalah..lagipun diorang dah kalahkan kumpulan kita.."Syamil berkata perlahan.


"Tapi kan ahli pe
rempuannya cantik.."Satu suara berkata.Mereka semua memalingkan muka ke arah Farhan.Farhan mengerutkan kening.


"Kenapa??"tanya Farhan.


"Bukanke kau yang cakap ahli pompuannya cantik?"Giliran Adam pula bertanya.


"Mane ade....cantik tu memanglah cantik..tapi bukan aku yang cakap.."Farhan membela diri.Bila bab pompuan jek,mesti aku yang kene,Erman tu pun playboy gak.


Sekali lagi mereka semua mengerutkan kening.Abistu sape?Tiba-tiba je Daniel mengangkat tangan.


"Aku yang cakaplah..."Ketika dia sedang duduk di sofa sambil tangannya memegang buku.Mereka semua menyerbu ke arah Daniel.Erman memegang dahi Daniel.


"Kenapa pulak ni?"Daniel pelik.Aku cakap salah ke?


"Kau demam ye Dani?Mari sini aku cek suhu kau.."Erman soal.


"Isshh..kalau kau demam,susahlah kitaorang.."Emran berkata.


"Wait..wait..aku mane demam..saje je aku cakap macam tu.."Mereka semua menarik nafas lega.Dilepaskan tangan di dahi Daniel.Daniel yang tadinya terbaring akibat diserbu oleh gengnya,bingkas bangun.Dia mengurut tengkuknya.


"Aishh..diorang baru masuk sekolah,kita pun dah dilupakannya.."Danish pula berkata.Mereka semua hanya mengangguk.Bersetuju dengan apa yang dicakapkan.



****************************


"Mari saya perkenalkan murid baru kita.Mereka ini adalah sebuah kumpulan artis yang sedang naik.Saya perkenalkan Fitriey,Azzam,E-One,Irsyad,Ikhwan,Dania dan Daniese."Pengetua memperkenalkan satu persatu.SaPpHire lengkap dengan pakaian uniform sekolah tetapi mereka memakai baju yang berbeza.


Semua pelajar bersorak.Ada yang sampai pengsan kerana tak tahan dengan muka hensem diorang..Miracle pula hanya mencebik.


"Hai semua..saya Fitriey,harap sepanjang kami semua di sini anda boleh memberikan tunjuk ajar..sekian terima kasih.."Pendek sahaja ucapan Fitriey tetapi cukup untuk membuatkan pelajar menjerit mecam kena histeria.


Miracle sudah boring.Sebaik sahaja mereka turun,para pelajar menyerbu untuk meminta autograf.Nampaknya mereka lagi baik daripada Miracle yang berlagak tidak mahu memberikan autograf.


"Azzam tu hensem sangatlah..saya sukalah...."Kata satu suara.


"Awak kata awak suka Syamil daripada Miraclekan?"Sampuk satu suara.


"Alah..diorang tu dah lapuklah..."Kata-kata pelajar itu membakar hati kumpulan Miracle.


Semasa mereka membuat keputusan untuk beredar dari situ,bahu Danish dilanggar orang.


"Hei!awak tak nampak ke kami tengah jalan?!"Emizal menengking pelajar yang masih terbongkok akibat terlanggar bahu Danish tadi.Apabila pelajar itu mengangkat mukanya mereka semua terpana.


"Maafkan kami..lain kali kami akan berhati-hati."Lembut sungguh bicara pelajar perempuan itu.


"Dahlah Dania...dia yang salah,buat ape kau minta maaf?Baik kita blah jelah!"Daniese menarik muka masam.Daniese hendak lalu,tapi pantas pergerakan Hafiz dan Farhan menghalang jalan mereka.


"Apa lagi?"Daniese tak puas hati.Syamil hanya tersenyum.Tangannya memegang dagu Daniese,namun pantas Daniese menepis.


"Kalau dah buat salah..mestilah kene minta maafkan,cik adik?"Syamil menjeling.Tangan Adam pula melingkari pinggang Dania.Kemas sehingga Dania tidak boleh bergerak.Dania cuba meronta,tapi tak berjaya.Tiba-tiba sahaja tangan Adam ditarik dan dipulas kebelakang.


"Apa yang korang cuba buat ni,hah?"Fitriey menyoal.Azzam yang masih memegang tangan Adam masih belum dilepaskan.Adam menjerit kecil.


"Lepaskan tangan dia!"Hafiz memberitahu.Lantas tangan Adam dilepaskan.Adam mengurut pergelangan tangannya.


"Mari kita pergi!"Arah Fitriey.Dania dan Daniese hanya mengikuti.Daniese sempat lagi memberi jelingan tajam kepada Danish.Dania hanya memandang ke arah Daniel.


Daniel perasan dengan pandangan Dania yang seperti mengandungi makna yang cuba disampaikan kepadanya.Setelah mereka semua agak jauh daripada SaPpHire,Daniel menjeling ke arah Adam.


"Sejak bila kau jadi gatal hah?"Marah Daniel.Semacam sahaja bunyinya.Cemburu ke?


"Entahlah..satu sebab kumpulan dia cari pasal,yang kedua pulak sebab dia tu gebu..mungkin aku geram kot..ha..ha."Adam ketawa-ketawa.Daniel hanya diam.


"Kau pulak asal tetiba je berani pegang dagu perempuan tu Syam?"Danish menyoal.


"Yelah..kau tu kalau kene langgar orang pun diam je..aku pun tolonglah..kau asal diam je Dani?"Syamil soal.


"Tak de papelah...penatlah...waktu sekolah dah habis kan?Jom balik.."Daniel mengajak.Yang lain juga mengangguk.Mana taknya,diorang dikejutkan dengan penurunan jualan album,kemunculan kumpulan SaPpHire dan juga tentang pelanggaran tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    4 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=