hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Isnin, 1 Februari 2010

Episod 8



Mereka menelan air liur.Macam mana dia boleh ada kat sini?Adakah Daniese dah tahu yang selama ini mereka menyembunyikan Hae Rim yang masih hidup?Tetapi,bila melihat ke muka Dania yang kelihatan masih tenang membuang sedikit keraguan mereka.



"Mungkin awak salah..mungkin bukan dia..Hae Rim kan dah mati..mesti pelanduk dua rupa.."Azzam berkata.Mungkin jugak itu pelanduk dua rupa.Mungkin..




"AHHH!!ITU TAK MUNGKIN DIA LAH!!DIA DAH MATI!!"Daniese tiba-tiba bangun dan menjerit sambil menutup telinganya.Mereka semua terkejut dengan reaksinya.Daniese menoleh kekiri dan kekanan dan terus berlari keluar seperti orang hilang arah tujuan.Mereka hanya mampu melihat.Kasihan...



*************





"Tak mungkin dia!Tak mungkin itu dia!Dia kan dah mati?"Terimbau balik bagaimana hampir-hampir 'Hae-Rim' menciumnya.Dia menggeleng.



Selepas dia beredar daripada belakang pentas,dia terus menaiki kereta untuk pulang ke rumah.Tanpa disedari,kereta yang dipandunya masuk ke lorong yang bertentangan.



"AAAAAHHH!!!!!!!!"Semuanya menjadi gelap.Kenangan lalu menggamit dirinya.



(flashback)






"Janganlah...Hae..sakit tau.."Dia mengaduh kesakitan apabila bola salji yang dibuat oleh Ha Rim terkena sikunya.Dahlah semalam dia terseliuh kat situ!



Hae Rim pula yang berada tak jauh dari situ berubah mukanya.Risau pun ada,takut pun ada.




"Sakit ke?Sori ye??Nanti Hae belanja coklat."Hae Rim hanya memujuk.Daniese mula tersenyum.Tetapi Hae Rim tak perasan.




"Janji?"




"Hae janji!"Katanya tegas.Daniese menghulurkan jari kelingkingnya kepada Hae Rim.Selepas Hae Rim bersetuju,Daniese membaling bola salji yang telah disediakan di belakang tangannya sejak awal lagi.




"Heii!Ini main tipu!Tak nak belanja coklatlah!Kata Hae Rim sambil menepis salji yang berada di kepalanya.Daniese hanya menjelirkan lidah.Hae Rim geram.Dikejarnya Daniese satu pusingan fountain itu.



Sudah lama juga mereka main salji,mereka berdua duduk rehat di bawah sebatang pokok.



"Macam mana Niese punya group?"Soal Hae Rim.Daniese hanya mengangguk.Hae Rim menarik nafas.




"Kalau Hae tanya boleh tak?"Daniese memandang muka Hae Rim dengan pandangan yang hairan.



"Tanyalah."



"Niese cintakan Hae tak?"



Daniese tersenyum.Dirapatkan mulutnya ke telinga Hae Rim dan berbisik sesuatu.Riak Hae Rim berubah.Lantas dia mencium pipi Daniese.Muka Daniese memerah.Hae Rim tersenyum sehingga menunjukkan lesung pipitnya.



Baginya kebahagiaan Daniese adalah milik dia,juga kesedihan Daniese.Daniese menjadi keutamaannya.Tiada sesiapa pun yang layak menggantikan tempat Daniese di dalam hatinya.Cuma dia.Dia menghulurkan sejambak bunga ros dan coklat berbentuk hati yang disimpan kemas di belakang pokok itu.Daniese bertambah terkejut apabila cahaya lampu neon yang dibuat berbentuk hati melingkari daun dan dahan pokok yang mereka sandar.




"Happy Valentine's Day sayang.."Kata Hae Rim romantis.Daniese tersentuh.Dia tahu,Hae Rim sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan dia,setakat lampu pokok,Hae Rim lebih mampu.


"Terima kasih,Happy Valentine's Day too..."Balas Daniese.Mereka berdua melayari kehidupan seerti angin yang hanya singgah sebentar dan berlalu pergi tanpa kembali.

6 ulasan:

  1. ngah tak ada idea ni..sebb tu la pendek..hehe..jgn mrh...

    BalasPadam
  2. a'ah...
    pendek sgt n3 kali ni...
    tp romantik jugaklah adegan daniese ngan hae tu...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. hana baca blik, then rasa konfius. hae rim ngan young hae tu org yg sama ke ? young hae + hae rim = young hae rim.

    BalasPadam
  5. a'a..org yg sama..nama dia young hae rim...haha..

    BalasPadam

JoM LePaK SiNi

  • Kota Damansara Community Forest Park - *Pengenalan* *Hutan Simpan Kota Damansara* diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari, 2010 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1534. ...
    Seminggu yang lalu
  • the world doesn't make sense! - "Where the hell are you bringing us, Ella?" The boy wiped the sweat dripping down the side of his forehead, his steps long, trying to catch up without trip...
    5 bulan yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    2 tahun yang lalu
  • Cerpen: Dia Berada di Carta Hati - Full version :) Maaf di atas segala kekurangan. Enjoy reading! “Tak nak!” Jerit aku sekuat hati ketika Amanina menarik tangan aku ke arah kereta yang dah...
    3 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    6 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    6 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    7 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    7 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    7 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=