hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Isnin, 15 Mac 2010

Episod 18


"Senior,surat apa ni?"Tanya Syamil sambil mengelap peluhnya.Mereka semua baru sahaja siap berlatih lagu yang akan diterbitkan.


Young Hae tidak menjawab.Hatinya takut untuk kehilangan Daniese,takkan ada siapa yang dapat menghuni hati dia,walaupun beribu-ribu gadis cantik yang datang,hanya Daniese sahaja,hanya Daniese yang mampu menggoncang hatinya.


"Surat jemputan?"Kata Daniel.Dia mengambil surat itu dan membacanya.Danish berada di belakangnya tidak sabar hendak membukanya.Dia cuba merampas surat itu dan berjaya.


"Eh?Tiket penerbangan??"Danish pelik.Perkataan Danish itu telah mengundang perhatian mereka semua.Mereka semua menyerbu ke arah Danish kecuali Young Hae.Dia nampaknya tak berminat.


"Tiket penerbangan??Kemana??"Kecoh Miracle bertanya.Emizal merampas tiket itu.Dia mengiranya.


"11??Untuk kita semualah!!"Emizal terjerit.


"Ke mana kita terbang??"Tanya Young Hae secara tiba-tiba.Dia yang tadinya diam bertanya.Emizal membaca tiket itu dengan teliti.


"Ke Denmark..."Mereka semua terkejut.Jauhnya!!

 
"Daniese beritahu aku tu majlis perasmian syarikat baru keluarga Dania dan majlis pertunangan."Young Hae memberitahu.


"Majlis pertunangan?"Serentak mereka bertanya.


"Majlis pertunangan siapa?Dania ke Daniese?"Tanya Daniel sedikit risau.


Tiba-tiba pintu bilik dikuak.Muncul Adam di sebalik pintu dengan wajah yang berseri-seri.


"Ada apa ni?"Adam pelik melihat ahli kumpulannya berkumpul di hadapan Young Hae.


"Yang kau ni pulak dari mana?"Tanya Hafiz.Farhan mengiayakan soalan Hafiz.


"Aku..aku..pergi minta maaf kat orang.."Beritahu Adam jujur.


"Sekarang beritahu aku,apa yang tengah berlaku ni?"Tanyanya sekali lagi.


"Kita dapat tiket penerbangan!!"Emizal memberitahu dengan teruja.Tiket penerbangan!!??


"Ke mana?Untuk apa?"Kenapa pulak tiba-tiba ada orang nak bagi tiket penerbangan percuma kat kitaorang?pengetua yang bagi ke??


"Tiket ke Denmark untuk menyertai majlis perasmian dan majlis pertunangan."Terang Syamil.Adam terkejut.


"Siapa yang bagi?"


"Daniese yang bagi,Dania yang jemput."Katanya lagi.


"Dania??"Sebentar tadi baru sahaja dia bertemu dengan Dania,tetapi Dania tidak memberitahu apa apa pun pasal majlis perasmian dan pertunangan.Dan siapa pulak yang nak bertunang?


"So,kita pergi tak?"Danish bertanya kepada ketuanya.Syamil berfikir sekejap,kemudian dia mengangguk.


"Majlis ini hari Ahad..kita pegi hari Jumaat.Setuju?"Dengan pantas mereka semua mengangguk.

****************

"Daniese,kau dah bagi surat tu?"Tanya Dania.Dia baru sahaja siap mandi.


"Aku dah bagi dia surat tu.."Daniese menjawab.


"Kau cakap tak yang tu tiket untuk majlis peramian dengan majlis pertunangan?"Tanyanya sekali lagi sekadar untuk mendapat kepastian.

 
"Dah wahai tuan puteri..."Daniese menjawab.Dania tersenyum puas.Dia menghulurkan dua sampul surat kepada Daniese.


"Surat untuk siapa pulak?"Danise mengambil surat itu.Dia membelek kedua surat itu.Tidak ada nama yang terpapar di hadapan muka sampul surat itu.


"Untuk keluarga kau..dengan keluarga Hae Rim.."Dania memberitahu.


"Bukan maksud aku nak memperkecilkan kau,tapikan kau masih rapat dengan keluarga dia kan?Jemput mereka.."Dia menyambung kembali.


"Tapi.."


"Ah,lagi satu,kau tak boleh menolak sebab ini majlis aku."Potong Dania.Daniese hanya mengangguk.


Kemudian,mucul ahli lelaki dari sebalik pintu.Dania menoleh ke arah mereka.


"Dah hantar surat?"Tanya Dania.Rupa-rupanya dia mengerah semua ahli kumpulannya untuk menghantar surat jemputan.


"Dah..kau ingat kitorang ni penghantar surat kau?"Jawab Irsyad diingin.Nampaknya mereka semua penat.Dania hanya tersenyum.


"Penat eh?Jom pergi dapur,aku ada aiskrim,nak makan malam sekali ke?"Pelawa Dania.Kiranya itu sebagai tanda terima kasihlah..


"Boleh jugaklah..thanks,Dania.."Fitriey mewakili mereka semua.Dania membawa mereka semua ke dapur.


Semua hidangan telah tersusun di atas meja,ada nasi,ada stik,ada salad,ada ayam panggang,dan bubur.Bagi pencuci mulut pula ada buah-buahan,puding dan aiskrim.Semua itu sudah cukup untuk membuatkan perut yang dah kenyang terasa kosong kembali.Mereka semua mengambil tempat.


"Bila kau siapkan semua ni Nia?"Tanya Daniese.Dia memang kagum akan kebolehan Dania dalam bidang masakan.


"Masa korang semua hantar suratlah..anggap je ini sebagai tanda terima kasih atas pertolongan korang.."Dania memberitahu.Dia ikhlas untuk memasakkan semua ini untuk ahli kumpulannya.


"Tak payah berterima kasih,kita ni kan dah macam adik beradik..mestilah tolong menolong..tak boleh bermasam muka..betul tak wahai abang Irsyad?"Kata Ikhwan sekaligus menyindir Irsyad yang asyik bemuka masam.Mendengar Ikhwan berkata begitu,lantas dia senyum.Suasana di meja makan mnjadi meriah dengan gelak ketawa mereka.


"Bila nak makan ni?Asyik bercakap je,perut dah lapar..."Rungut Azzam seperti budak-budak yang berusia 3 tahun.


"Ok..ok..jemputlah makan.."Kata Dania.Mereka menjamu selera dengan suasana yang gembira.

**************

"Sedaplah kau masak tadi..lain kali aku datang sini untuk makanlah..boleh?"Gurau E-One.


"Boleh.."Dania menjawab.Mereka semua sedang berlingkar di hadapan ruang tamu seperti ular sawa yang kekenyangan.


"Dania,bila kita nak bertolak ke Denmark?"Tanya Fitriey.Kalau dah tahu,senanglah dia nak mengatur jadual harian mereka sebagai artis.


"Ermm..majlisnyer hari Ahad,kita pergi hari Jumaat.Kita kumpul kat KLIA pukul 8.00 pagi.Boleh?"Dania meminta persetujuan daripada mereka semua.Akhirnya mereka berenam mengangguk.


"Korang dah kemas barang korang lum?Lusa kan dah nak pergi?"Soal Dania.Dengan selambanya mereka semua menggeleng.Dania megeluh.


"Senior mana?"Tanya Daniese.

"Oh..abang dah balik sana dulu..dia kene uruskan majlis perasmian tu.."Dania memberitahu.Abangnya balik seminggu daripada yang dia jangkakan.



"Nia,aku off dulu ek?Rumah aku dengan Ikhwan jauh.Fit,esok tak de apa-apa kan?"Tanya Irsyad.Fitriey menggeleng.Kemudian dia juga bangun.


"Jom,Azzam,kita balik..kau nak duduk kat rumah anak dara ni ke sampai pagi?"Sindir Fitriey.Azzam yang tadinya leka dengan permainan PSPnya lantas bangun.


"Aku pun nak off jugak..nanti mak aku bising..Jumpa kat airport lusa!"Kata E-One.Disini,hanya E-One yang duduk bersama keluarganya.Yang lain semua duduk berjauhan dengan keluarga.


"Emm..hati-hati di jalan.."Kata Dania malas.Nampaknya dia dah mengantuk.Dania dengan malas bangun untuk menutup pintu.Orang gajinya sedang mengemaskan dapur.Daniese pun berdiri.




"Weh,aku balik la dulu.Adik aku ada kat umah la.."Daniese memberi alasan.


"Niese,kau tidur sini ye malam ni?Aku tak de temanlah.Kau ajak la adik kau tu tidur rumah aku.Lagipon rumah aku ada banyak bilik tidur."Pujuk Dania.Daniese hanya mengangguk setuju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    3 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=