hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Ahad, 28 Februari 2010

Episod 15


"Macam mana dengan dia doktor?Boleh sembuh tak?"Tanya Hyun-Jung risau.Dania kelihatan masih berbaring di katil bewarna serba putih itu.


"Jangan risau..dia masih dalam peringkat awal.Masih boleh sembuh..oh ye,bukankah harini dia ada konsert?"Tanya doktor itu pelik.Dania yang mendengar soalan itu lantas memalingkan mukanya.Hyun-Jung yang melihat perlakuan adiknya tahu kenapa Dania membuat begitu.


"Dia menarik diri untuk jalani terapi ini..dan boleh tak doktor simpan rahsia ini?"Beritahu Hyun-Jung perlahan.Doktor itu haya mengangguk.Dia juga tahu bagaimana perjalanan seorang artis kerana anaknya juga seorang artis.


"Jadi.terapi yang seterusnya akan dijalankan pada bulan depan?Ada apa-apa masalah pada masa itu?"Soal doktor itu.Dania memandang tag doktor yang bernama Jong-Hyuk itu.Lantas dia menggeleng.


"Baiklah,anda dah selesai sekarang.."Beritahu doktor itu.Hyun-Jung bagun dan seterusnya dia membantu adiknya pula untuk bagun.Sebelum mereka berdua keluar daripada bilik,Dania sempat menjeling ke arah doktor itu,mukanya ada iras-iras dengan orang yang dia kenal.Tapi siapa hah?

************

"Aduh...penatnya..sakit bahu aku!Dahlah tak jumpa Dania!"Keluh Daniel.Danish hanya diam.Tak tahu nak bercakap apa.Daniel pelik Danish diam je.


"Kenapa kau diam?hah..aku tahu..kau jeleskan masa E-One peluk Daniese kan?"Provok Daniel.


"Eh kau ni!Aku tengah memandu kau memekak je!Kalau eksiden kau yang kene bayar!"Marah Danish.Daniel terkejut.


"Ala..relaklah bro..sori,gurau je..apa kata kita pergi Mc'd,nak?"Pujuk Daniel Danish mendengus.Kemudian dia mengangguk.Yes!!


"Jom..kita duduk situ.."Tunjuk Daniel ke arah tempat duduk di tepi tingkap.Dansih mengangguk.


"Kejap..kau pergi order.."Kata Danish serta-merta menghentikan langkah Daniel.Daniel hanya mengangguk.


Danish terus menuju ke tempat duduk manakala Daniel pergi ke tempat order.Semasa dia duduk meghadap ke tingkap,dia ternampak kereta Lamborghini Alar bewarna kuning berada di tempat parkir.Lantas dia menoleh ke semua tempat duduk di dalam Mc'd itu,kemudian matanya tertancap pada satu pasangan yang duduk tidak jauh dari tempat dia dan Daniel duduk.Macam dikenalinya.Tak lama kemudian,barulah dia dapat mengecam.Tetapi siapa lelaki yang ada kat sebelahnya tu?Dan dia,kata ada kat luar negara?


"Wei,tolong aku ambil kau punya ni.."Arah Daniel.Danish masih tak mendengar.Akhirnya dia mengambil keputusan membawanya sendiri.Daniel mengambil tempat di hadapan Danish sekaligus menghalang pandangan Danish pada pasangan tadi.


"Isshh!Tepilah!Aku tak nampak!"Marah Danish sambil menolak kepala Daniel ketepi.Daniel mendengus dan kemudiannya memandang ke tempat Danish melihat.Dia terkejut.

Dania!!Tapi dengan siapa??Dia cuba mengecam lelaki yang duduk bersebelahan dengan Dania.Oh..lelaki yang sama..tapi siapa sebenarnya dia hah??Nampak mesra betul!Takkan pakwe dia pulak??

"Alah..abang..janganlah macam tu.."Kedengaran pujuk rayu Dania jelas kedengaran di telinga mereka berdua.Abang??!!Dania ada abang??Masa tu Emi takde pulak beritahu yang Dania ada abang?Ke salah maklumat??

''Wei,Niel.Itu Dania kan??"Tanya Danish sambil menyenggol tangan Daniel.Daniel mengangguk.Matanya masih lagi melihat Dania.

"Bukan ke tadi Fitriey cakap dia pergi luar negara?"Tanyanya lagi.Daniel sekali lagi mengangguk.

"Habistu kenapa dia ada kat sini??"Tanyanya sekali lagi.Daniel masih mengangguk.

"Eh,eh..tu abang dia ke??"Tanyanya sekali lagi.Daniel sudah naik marah.

"Issh kau ni!!Aku tak tahulah!!"Suara Daniel yang kuat itu telah mengundang beberapa pasang mata termasuk Dania dan abangnya.Danish pantas menarik Daniel duduk kembali dan terus menundukkan mukanya.Dia tak mahu Dania mengenali dirinya.Daniel mengambil minumannya.

"Sori.."Kata Danish perlahan.Daniel tak memperdulikannya.Kemudian handhone Daniel berbunyi,Daniel menjawab sambil diperhatikan oleh Danish.

"Oh..hyung.Ada apa?"

"Niel,kau dengan Danish eh?"Tanya Syamil.

"Ha'ah..kenapa?"

"Pergi ke rumah Hafiz sekarang!Kau dah lupa ke harini ada latihan menari?"Marah Syamil di talian.Daniel menepuk dahi.Danish yang melihat hanya mengangkatkan keningnya.

"Oh..ok.kitaorang pergi sana sekarang!"Kata Daniel lantas mematikan panggilan.

" Ceat.Bungkuskan kau punya burger..kita gi rumah Hafiz sekarang juga!"Arah Daniel.Danish terpinga-pinga.Dia juga akhirnya menepuk dahi.Baru dia teringat!

"Ah..ok.Jom!!"


*******************


"Apasal korang boleh lupa?Korang pergi mana petang tadi?Kau kan biasanya kalau ada latihan,kau yang paling awal datang..asal harini kau lambat pula??"Tanya Samil bertalu-talu sambil menundingkan jari telunjuk ke arah mereka berdua.Daniel mengendahkannya.Dia penat.Dahlah tadi traffic teruk,sampai je kena marah.malas dia nak layan.


"Apa kata korang rehat kat rumah aku jelah malam ni..nak?"Cadang Hafiz.Malam sudah semakin pekat.Risau dia kalau ada apa-apa yang terjadi pada kumpulannya yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.


"Emm..bolehlah.."Syamil setuju.


Melihat pada muka Daniel,dia tahu yang Daniel kepenatan.Dahlah dia penat-penat ke sini,sampai je latihan dah habis.Takkan nak suruh diorang balik?Nak suruh Danish bawa kereta?Hemm..jalanlah kereta tu sendiri..kalau tak pun kene tahan sebab takde lesen..Danish..Danish..


"Bagi Daniel tidur biliklah...muka dia nampak macam lesu..kau demam ke Daniel?"Tanya Syamil risau.Hafiz terus pergi dapur untuk mengambil termometer suhu badan.Dia pergi tempat Daniel dan terus cek suhu badan Daniel yang nampak betul-betul keletihan dan lesu itu.


"Wah!!40'c!Kau betul-betul demam ni!!"Terjerit Hafiz dibuatnya.Mereka yang lain semua meluru ke arah Daniel.




"Siapa ada ubat??"Soal Haqem.Dengan tiba-tiba Daniel pengsan.Semakin kecoh dibuatnya.


"Aku!Aku!Kat dalam kereta!Biar aku ambil!"Emizal terus berlari keluar untuk mengambil ubat.


"Daniel!Daniel!Bangun Daniel!Jangan takutkan kitaorang!!"Kata Farhan sambil menampar perlahan pipi Daniel.


"Emi!!Cepatlah!!"Jerit Syamil dari dalam.Emizal dengan pantas menutup pintu kereta dan terus memberi ubat itu kepada Syamil.


"Ambil air!Ambil air!!"Arah Syamil.Emran terus pergi ke dapur dan dengan pantas dia kembali.Syamil menyapu air ke seluruh muka Daniel.Dengan perlahan-lahan mata Daniel terbuka.


"Minum ubat ni!"Syamil memasukkan pil tadi ke mulut Daniel.Selepas itu dia beri air kepada Daniel.


"Hah..kepala aku pening Mil..tolong aku Mil..."Rintih Daniel sambil tangannya menarik kolar baju Syamil.


"Ye..ye..sekarang kau rehat dulu ye..Tolong aku angkat Daniel masuk dalam bilik!"Kata Syamil.Danish,Erman,Emran,Haqem,Adam,Emizal dan Farhan membantu Syamil mengangkat Daniel manakala Hafiz membukakan pintu bilik.Selepas semua selesai,mereka semua duduk di ruang tamu.


"Korang buat apa tadi?"Tanya Adam kepada Danish.Danish mula menggelabah.


"Err..tak..tak de buat ape pun..kiaorang pergi shopping lepas tu pergi Mc'd..itu je..lepas tu masa balik kitaorang sangkut traffic.."Beritahu Danish.Yang lain mengangguk.


"Dah..pergi tidur sekarang..besok nak sekolah!"Arah Syamil.Mereka semua sekali lagi mengangguk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    4 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=