hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Selasa, 9 Mac 2010

Episod 16


Kini telah seminggu berlalu,tibalah masanya untuk Dania 'balik' ke kumpulannya.Dia pergi ke sekolah dahulu untuk mengambil buku-buku rujukan.Disitu dia terserempak dengan Daniel.Mereka berdua nampak terkejut.


"Dania..apa yang awak buat kat sini?"Tanya Daniel sedikit gagap.


"Oh..datang nak ambil buku rujukan...."Dania menjawab acuh tak acuh.Daniel sedikit kecewa apabila Dania tidak bertanya kembali.Lantas dia mengambil keputusan dia yang bertanya.


"Kenapa masa tu tak gi konsert?"Pertanyaan Daniel secara tiba tiba mengejutkan Dania.Macam mana dia tahu aku tak de kat konsert tu?Dia pergi konsert kitaorang ke?


"Errr...macam mana awak tahu?Awak pergi konsert kitaorang eh?"Soalan yang terlintas di fikirannya akhirnya terluah jua.


"Ha'ah..saya pergi dengan Danish..tapi jangan bagitau sesiapa ek?"Jujur Daniel memberitahu.Dania mengangguk.


"Saya pergi ke Denmark..ada urusan syarikat.."Dania menjawab soalan yang diajukan oleh Daniel sebentar tadi sambil tangannya lincah mencari buku yang diinginnya.



"Oh..."Daniel pelik.Maknanya betullah dia tipu kumpulannya..tapi apa motif dia pulak ek?Dia telah selesai mencari buku rujukannya dan terus duduk di meja manakala Dania masih tercari-cari buku.


"Buku apa yang awak cari?"Tanya Daniel ramah.Dania menoleh ke arahnya sambil tersenyum.


"Buku biologi..tahu tak kat mana?"Beritahunya.Daniel menunjukkan jari telunjuknya ke arah rak buku di sebelah kiri.


"Terima kasih..."Kata Dania sambil pergi ke arah yang ditunjukkan oleh Daniel sebentar tadi.Dia membelek belek buku di situ dan secara tiba-tiba ada tangan kasar yang turut memegang buku itu yang baru sahaja dijumpanya itu.


"Adam....."Lidah Dania kelu untuk berkata.Adam memandangnya serius.Dia melepaskan buku itu.


"Saya ada benda yang nak cakap..kita pergi kafe boleh?"Suaranya tiba-tiba berubah lembut.Dania mengangguk.Mungkin dia nak minta maaf.Baik terima je sebelum jadi musuh..Dania bermonolog sendirian.Lalu dia meletakkan bukunya yang diambilnya dia atas meja dan mengikuti Adam.


Daniel pula pelik kerana dah lima minit Dania tak muncul-muncul.Dia bangun dan pergi ke arah rak buku biologi dan mendapati terdapat beberapa buah buku yang diambil Dania tadi diletakkan di atas meja.Kemana dia pergi?

***************


"Hah...Dania pergi sekolah ambil buku,Ikhwan pergi shoping,Fitriey keluar dengan adiknyer,Irsyad pegi syarikat,E-One lak entah kemana,Azzam pegi dating,aku takde kawanlah macam ni!!!!"Jerit Daniese seorang diri.


Dia merengus.Tiba-tiba handphonenya berbunyi.Siapa yang telefon dia tengah hari ni?


"Hello?"


"Ini Daniese ke?"Suara di hujung talian bertanya.


"Ya....siapa ni?"


"Ini Hae...Niese dah tak kenal suara Hae lagi ke?"Serta merta handphone yang berada di tangannya jatuh.


"Hello?Hello?Daniese?Dengar tak ni??"


'Hae masih hidup lagi ke?Betulke yang telefon aku ni Hae Rim?Betulkah selama ini dia yang mengahantar surat ini kepadaku?Tapi rasanya ni bukan suara Hae-Rim.'Dengan perasaan curiga dia mengambil balik telefonnya tadi.Sebentar dia mengambil nafas.Mencari kekuatan.


"Be..betulke ini Hae Rim?"Serta merta terdengar ketawa di hujung talian.


"Ha..ha..akak!Ini Minhyuklah...akak dah tak kenal kita lagi ke?"Ketawanya masih bersisa.Suara Daniese jelas kedengaran kerana Minhyuk membuka pembesar suara.


"Tak guna punya adik!Kenapa kau telefon aku hah?"Marah Daniese.


"Akak percaya kite ni abang Hae ye...Jadi,pandai jugak lah kite ni berlakon.Akak,manager akak tak de tawaran berlakon ek?Bolehlah kita masuk.."Puji Minhyuk diri sendiri.Daniese mencebik.


"Banyak cantik muka kau!"


"Akak..nak jumpa boleh?"Tanyanya.


"Kau ada kat Malaysia ke sekarang ni?"


"Ada..jom ke coffee house nak?Yang dekat dengan sekolah akak tu?Minhyuk tunggu akak tau!"Kata Minhyuk lantas mematikan panggilan.


"Tak guna!"Daniese merengus tetapi  terus menuju ke almari pakaiannya untuk mencari baju yang sesuai untuk berjumpa dengan Minhyuk.

**************


Dania dan Adam duduk di ruang yang agak tersorok daripada pandangan orang awam.Yelah..mereka ni kan artis..


Masing-masing diam,apabila pelayang datang,Dania hanya mengorder teh panas manakala Adam pula mengorder jus epal,pelayan itu sempat lagi meminta autograf Dania dan Adam. 


"Aku minta maaf pasal hal haritu,aku tak sengaja tolak kau."Kasar sahaja bunnyinya tapi penuh dengan keikhlasan.Dania hanya mengangguk.Adam pelik.


"Kau maafkan aku tak ni?"Tanyanya sekal lagi untuk kepastian.Dania mengangguk.Adam lega.Kemudian dia tersenyum.


Sekurang-kurangnya rasa debaran di hatinya sudah hilang.Jadi mereka mula berbaik-baik sesama sendiri dan diorang sudah pon menjadi kawan yang tidak tahu hujung pangkal ceritanya.

3 ulasan:

  1. cter ni besh..
    but mkin lme mkin pelik jln cter ye..

    BalasPadam
  2. Sori kalau rasa pening...nanti saya cuba betulkan balik..terima kasih atas sokongan anda!

    BalasPadam
  3. weh kyufa...cuba betol2 sket..ni kan story kat malaysia..buat la kat malaysia..yg kat korea tu wat pe??hish..aq da betolkan..tak pyh nak susah susah...

    BalasPadam

JoM LePaK SiNi

  • Trip ke Korea - Busan & Seoul (Part 2) - Dari busan kiteorang naik train pergi ke Seoul. Dekat sini apa yg aku perasan, tak de orang pun check tiket yg korang beli.Memang dorang meniaga based on ...
    4 minggu yang lalu
  • the world doesn't make sense! - "Where the hell are you bringing us, Ella?" The boy wiped the sweat dripping down the side of his forehead, his steps long, trying to catch up without trip...
    Sebulan yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    2 tahun yang lalu
  • Cerpen: Dia Berada di Carta Hati - Full version :) Maaf di atas segala kekurangan. Enjoy reading! “Tak nak!” Jerit aku sekuat hati ketika Amanina menarik tangan aku ke arah kereta yang dah...
    2 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    6 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    6 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    6 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    7 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    7 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=