hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Isnin, 15 Februari 2010

Episod 11


"Abang..sori ye?"Kata Dania lemah.Dia kini berada di hospital bersama abangnya dan juga bandmatenya.Kepalanya mengalami hentakan yang kuat.Dia diwajibkan untuk tinggal di hospital jika kepalanya ada konklusi.



"Diorang ni memang tak berhati perut!"Bentak Fitriey.Rasa marahnya ke Miracle bergunung.Hyun-Jung hanya diam.Tak tahu hendak berkata apa.



Suasana menyepi seketika.Tiba-tiba pintu bilik itu ditolak.



"Siapa ahli keluarga pesakit ini?"Tanya doktor lelaki itu.Hyun-Jung mengangkat tangan.



"Mari ikut saya."Hyun-Jung terus keluar tanpa menoleh ke arah Dania.Dania perasan yang abangnya marah padanya.Dia melirik kepada abangnya sehingga keluar daripada bilik itu.



"Dania,lepas ni kau jangan pergi ke bilik tu lagi...Daniese pun sama,jadi sebagai ganti kita akan bayar je berapa yang diorang mahu.Boleh?"Cadang Fitriey.Azzam,Irsyad,E-One dan Ikhwan mengangguk setuju.Daniese juga setuju.Apa sangatlah duit itu jika hendak dibandingkan dengan nyawa seorang kawan?


Dania hanya mengangguk lemah.Waktu sekarang ni,dia lebih risau tentang penerimaan abangnya terhadap dirinya berbanding apa yang akan berlaku pada dirinya.Satu-satunya ahli keluarganya yang ada adalah abangnya.Dia dah tak sanggup untuk menghadapi sebarang kehilangan lagi.Dia takut dia tak dapat menghadapinya seorang lagi.Kemudian dia teringat akan skarf yang dibuatnya untuk diberikan kepada abangnya.Ianya berada di dalam beg.


"Daniese,boleh tolong ambilkan beg aku tak kat bilik Miracle.Beg aku tertinggal."Pinta Dania.Daniese lantas keluar daripada bilik itu.
**************

TOK!TOK!

Pintu bilik diketuk.Danish bangun untuk membuka pintu tersebut.Dia terkejut.Yang lain juga sama.Terkejut dengan kehadiran gadis itu.Lagi-lagi Adam.

"Ke..kenapa datang?"Tanya Danish gagap.Satu,terkejut dengan kehadirannya,kedua,ada sesuatu yang terjadi pada Daniakah?Serta-merta semua pandangan tertancap ke arah Adam.Adam meneguk air liur.

"Nak ambil beg Dania.Itu je."Daniese bekata diingin dan terus berlalu ke meja yang menempatkan beg Dania.Sebaik sahaja dia ingin keluar.Daniel menyapanya.



"Macam mana dengan Dania?"Risau sungguh mukanya ketika itu.Daniese hanya tersenyum sinis.Dia berpaling ke arah Daniel.

"Buat apa korang risau?Bukan dapat apa pun?Tak dapat pun anugrah drama terbaik?Tak puas ke korang buli dia hah?Kalau dia mati pun?Buat apa kau risau hah?Entah-entah korang lagi sukakan?"Serang Daniese berhabisan-habisan.Kemudian dia mengeluarkan sampul bewarna putih daripada beg tangannya.


"Maaf.Kami tak dapat sambung pertaruhan ini lagi.Kami takut nyawa kawan kami melayang di tangan korang semua.Nah!Bayarannya.Kalau tak cukup beritahu kami.Tapi jangan takut..kami takkan saman korang semua.Cuma harap korang tak ganggu kami semua lepas ni kerana kami akan berpindah sekolah.Itu saja.Terima kasih."Daniese terus berlalu.

Mereka semua terkedu dengan berita yang diucapkan oleh Daniese.Mereka semua memandang kearah Adam.Serentak juga Daniel berang.Dia menuju ke arah Adam dan sebiji penumbuk dilepaskan tepat ke pipi kiri Adam sebagaimana yang dilakukan oleh Hyun-Jung.Daniel memandang seketika muka Adam yag sedang duduk di lantai akibat jatuh dan terus pergi.Ahli juga yang terus bangun dan meninggalkan Adam keseorangan.Itu memang layak untuk diperlakukan kepada Adam.Memang kalau sampai apa-apa yang berlaku,ini memang salah Adam!

*************
"WHAT??!!Pindah sekolah??!!"Hampir terjerit Dania.Mereka yang lain mengangguk.Dania masih tercengang.Pindah sekolah lagi!


"Kenapa pindah?"Soalnya.Azzam menarik nafas.


"Kitaorang tak sanggup nak lihat korang berdua diseksa sebegitu.Justeru demi keselamatan kamu juga.Lihatlah,sudah dua kali ini ulang-alik ke hospital.Pertama Daniese,kemudian kau.Lepas ni siapa pulak?Lagi satu,kita sekarang ni tengah jadi perhatian media.Haritu kecoh tentang kemalangan Daniese.Ni tentang kau,diorang tak tahu lagi.."Ujar Azzam.


"Walaupun salah kitaorang sendiri?"Dania menduga.



"Tak kiralah salah siapa,kita masih tetap ketua kumpulan."Itulah kata-kata keramat daripada ketua,Fitriey.



"Baik...tapi nak sekolah kat mana?"Sekurang-kurangnya Dania dah boleh terima hakikat.



"Kita takkan sekolah,tapi terus ke kolej.Aku dah mintak kebenaran dariada pengetua untuk terus ambil ujian terakhir sekolah menengah.Pegetua pun dah dibenarkan.Dia kasi kita 2 bulan untuk membaca buku-bukunya.Kolej yang akan masuk adalah kolej muzik.Kolej itu milik keluarga Irsyad."Terang Fitriey.



Masing-masing terkejut.Tidak pernah tahu yang ibu bapa Irsyad memunyai kolej tersendiri.Mereka memandang ke arah Irsyad.Irsyad hanya mengangguk.Kemudian pintu bilik wad ditolak.Hyun-Jung muncul.Dia menarik kerusi yang berada di sisi katil.Kemudian memandang ke arah bandmate Dania.


"Boleh keluar sekejap?Kami perlukan privacy.."Beritahu Hyun-Jung.Mereka pula tanpa sebarang kata terus sahaja keluar.Dania mengalihkan pandangannya.Pasti abangnya sudah tahu segala-galanya.



"Pandang muka abang."Arahnya.Dania hanya ikut.Takut nanti abangnya marah pula.



"Kenapa Nia sorokkannya daripada abang hah?"Tanyanya serius.Dania masih diam.



"Sorokkan apa?"Dia bersuara.Buat-buat tak tahu pulak!Hyun-Jung meraup mukanya.



"Nia tahu tak,abang dah takde sesiapa pun kat dunia ni kecuali Dania.Kenapa Dania sanggup rahsiakannya daripada abang?Kenapa Dania tak beritahu abang yang Dania ada kanser otak?"Marah Hyun-Jung.Tapi marah sayang.Mata Dania mula merah.Kemudian terdengar esakan.



"Dania cuma tak nak abang bersedih.."Luahnya.Hyun-Jung berasa kasihan melihat adiknya itu.Terlalu banyak adiknya berkorban.



"Ok..Dania mesti ikut cakap abang kali ni..pergi buat terapi ye?"Pujuk Hyun-Jung.Tak sanggup dia kehilangan lagi.Dania mengangguk.

**********



Diluar pula,Daniese baru muncul dengan tangannya yang membawa beg Dania.Tercungap -cungap dia kerana lari tadi.



"Macam mana dengan Dania?"Tanyanya.



"Macam mana dengan Dania,macam mana dengan Dania.Yang kau tu belum sembuh sepenuhnya kenapa lari-lari?"Marah E-One.Daniese tersengih sengih.



"Dania dengan abangnya tidur.Biarlah diorang..baru berapa hari jumpa,Dania kene masuk hospital.. "Beritahu Ikhwan.Kemudian terdengar dia mengeluh.



"Wei,Daniese.Kau bawa pelawat eh?"Tanya Irsyad sambil menyenggol siku Daniese.Mereka semua menoleh.Terkejut.Kenapa diorang datang sini?



"Jangan salah faham,kami datang cuma nak menjenguk je.."Kata Danish.Daniel mengangguk.



"So,cuma korang je ke?"Tanya Ikhwan sinis.Mereka berdua mengangguk.Fitriey memanjangkan lehernya.Mencari kebenaran.



"Betul..cuma kami berdua je.."Daniel mengangguk-angguk.Susah betul nak dapat kepercayaan diorang ni!


"Korang tak boleh lawat Dania,dia tengah tidur."Beritahu Azzam dengan muka yang serius.



"Mari,ikut kami ke kafe.Ada sesuatu yang kami ingin bincangkan."Pelawa Fitriey.Danish mengangguk.Begitu juga Dengan Daniel.Sebelum melangkah,Daniel menjenguk sedikit kaca pintu pada bilik Dania.Kelihatan seorang lelaki tidur di sebelahnya sambil berpengangan tangan.Serta-merta rasa kecewa menyelubungi diri.

*************

"Kami nak tanya, masa pertandingan nyanyian tu,korang ada rancang nak culik Dania dengan Daniese ye?"Soal Fitriey seperti penyiasat lagaknya.


Daniel dan Danish saling barpandangan sesama sendiri.Rancang culik?Dengan serta merta mereka berdua menggeleng laju tak tahu.


"Kami kan kumpulan besar,ahli kumpulan kami 10 orang,takkan kami nak ambil tahu semua peribadi diorang?Pecahlah otak kami.."Gurau Danish.Tetapi mereka berenam tetap berwajah serius.


"Macam mana pulak dengan senior korang?"Tanya E-One pula.Daniese tersentak mendengar soalan itu.Danish dan Daniel menarik nafas.


"Oh..Young-Hae,dia senior kitaorang sejak dari dulu sebelum korang datang sini.. tapi sekarang dia dah belajar kat kolej kat U.S."Beritahu Daniel.


"Dia pernah accident tak?"Tanya E-One lagi.


"Oh..dia.."


"CUKUPLAH TU!!!!"Daniese menjerit.Memotong percakapan Danish.Danish terkejut.Daniel juga begitu.Yang lain jugalah..


"Niese,maaf..."E-One berkata.Azzam menarik tangan Daniese untuk duduk semula.


"Maafkan kami..mungkin kami tak patut datang.."Danish dan Daniel berkata serentak.Mereka berdua bangun tetapi segera ditahan oleh Irsyad.


"Korang belum minta maaf lagi tentang apa yang telah berlaku pada Dania dah nak balik?Kami tak benarkan.."Sindirnya.


"Kami minta maaf bagi pihak kumpulan kami dan apa yang terjadi pada Dania.."Kata mereka berdua.Akhirnya Irsyad dan lain bersetuju untuk melepaskan mereka pergi.


Dalam perjalanan mereka untuk keluar daripada hospital itu,mereka bertembung dengan Young-Hae.


"Apa senior buat kat sini?"Tanya Danish pelik.Young-Hae terpinga-pinga.


"Ini kan hospital aku..salah ke aku datang?"Young-Hae menjawab untuk mengelakkan daripada prasangka.Danish dan Daniel mengangguk.


"Korang pulak buat apa kat sini?"Tanyanya pulak.


"Oh..kami lawat.."Dengan pantas tangan Danish menutup mulut Daniel yang jujur.


"Kami lawat sepupu kawan saya yang sakit.."Danish berkata.Dia melepaskan tangannya dari mulut Daniel.Daniel terbatuk-batuk seketika.Kemudian,sempat dia memberikan jelingan tajam kepada Daniel supaya tak memberitahu perkara sebenar.

2 ulasan:

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    3 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=