hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Sabtu, 6 Februari 2010

Episod 9




Semua yang berada di sekelilingnya bewarna putih.Dia cuba bangun tapi kakinya tak boleh bergerak.


"Niese,jangan gerak!Duduk rehat.."Arah Dania yang setia menantinya.Dia membantu Daniese dengan meninggikan kepala katil.Daniese baring semula.



"Aku kat mana ni Nia?"Soalnya.



"Kau kat hospital."Celah Fitriey sambil tangannya menjinjing sebungkus bekas polistrin.



"Nia,makan dulu,kau dah dua hari tak makan.."Katanya sambil menyerahkan bekas polistrin itu pada Dania.



"Dua hari??!"Daniese terkejut.Sampai dua hari?Apa yang dah jadi?Jelasnya Daniese langsung tak ingat satu benda pun.



"Kau accident rempuh divider.Kaki kau patah.Kesian Dania,sepanjang dua hari ni,dia langsung tak tinggalkan bilik."Terang Ikhwan yang muncul bersama E-One,Irsyad dan Azzam.



Daniese memejamkan matanya.Dia berasa sungguh kesal.Ini semua gara-gara Young Hae.Semua ni dia punya pasal!



"Habistu,macam mana pertaruhan kita?Kita kan dah kalah,Dania dan Daniese kene jadi maid diorang.Tapi dengan keadaan Daniese macam ni,boleh tak kalau kita tangguhkan pertaruhan tu dulu?"Azzam bertanya.



"Tak payah,kami akan buat juga.Kaki aku tiada masalah,cepat sembuh.Jangan nak malukan kumpulan sendiri.Lagipun memang salah kami berdua kan sebab tak hadir?"Daniese menjeling ke arah Fitriey.Fitriey menelan air liur.Terkesan juga dia dengan kata-kata Daniese.




"Baiklah.sepanjang pertaruhan itu berlaku,Dani mesti jaga Daniese,boleh?"Dania dan Daniese hanya mengangguk.Kini,masa mereka pula untuk balas dendam.




************



Berita tentang kemalangan Daniese tersebar luas.Memandangkan dia ni artis,jadi dalam surat khabar pun ada berita tentangnya.Jadi,peminat-peminat Daniese semua membelikannya hadiah sehingga pengurus mereka terpaksa menyimpannya di rumah Daniese sendiri memandangkan bilik peribadi kumpulan itu sudah penuh.







"WHAT!!Minah berlagak tu accident!!??"Hampir terjerit buatnya bila Emran membaca tajuk utama surat khabar itu.Danish yang baru sahaja meneguk kopi yang baru dibuatnya tersedak.Accident!!!!!??Lantas dia pergi ke arah Emran dan merampas surat khabarnya.



"Daniese Alice,salah seorang kumpulan SaPpHire diketahui kemalangan akibat melanggar pembahagi jalan.Kondisinya di dalam keadaan yang baik.Setelah ditemu ramah oleh ketua kumpulan itu,Fitriey,memberitahu mereka baru sahaja selesai membuat persembahan di sekolah mereka."Danish membacanya dengan teliti.Syamil hairan dengan sikap prihatin Danish.




"Kenapa dengan kau Danish?Jangan risau,dia akan tetap jadi maid kita..dia takkan menolak.macam yang kau mintak kan?"Tegur Syamil.




"Tapi dia kan sakit..tak boleh ke tangguh?"Tanyanya dengan muka yang risau.




"Kau ni kenapa Danish?Biarlah dia tu!Kan dah janji?"Haqem pula menyampuk.Danish mendengus.



"Tapi takkan korang tak kesian kat dia?"Tanyanya lagi.Mengharapkan supaya kumpulannya membuat pertimbangan.Entah kenapa,dia merasa kasihan pula.



"Kenapa beria-ia kau nak lindung dia hah?Kau suka kat dia ke?"Usik Farhan.Muka Danish memerah.Iye ke?




"Maksud aku bukan macam tu....dia ni kan patah kaki,boleh ke dia jadi maid kite?Tak pasal-pasal masa bawa kopi kang nanti jatuh kat atas baju korang..nak ke?"Provoknya.




Mereka yang lain diam.Berfikir tentang kenyataan yang dibuat oleh Danish sebentar tadi.Betul jugak eh?Dahlah baju diorang mahal,kalau kotor,kena hantar dobi sampai hilang,masalahnya kalau tak hilang macam mana?




"Ikut suka hati dialah,kalau dia nak buat juga sekarang,kitaorang tak de halangan,lagipun kalau baju kotor,beli barulah!Apa kisah.Duit banyak!"Kata Adam dengan angkuh.Yang lain setuju dengan Adam.Danish hanya mengeluh.Dia mengembalikan surat khabar kepada Emran.




"Mana Sunbae?"Tanya Hafiz.Tidak kelihatan pun senior mereka sejak pagi tadi,dia ke mana?


**************
Young Hae menoleh ke kanan dan ke kiri,melihat jika ada orang yang mampu mengecamnya.Dia berpakaian baju sejuk, dan topi.Setelah memastikan tiada siapa yang dapat mengecamnya,dia menolak sedikit pintu bilik itu.Waktu itu malam.Tetapi dia dibenarkan masuk kerana dia adalah pemilik hospital itu.


Kelihatan Daniese sedang nyenyak tidur di katil yang serba utih itu.Rasa kasihan menyelubungi dirinya.Dia merasa bersalah yang amat sangat.Dia menyentuh pipi Daniese.Mengelusnya.Sudah lama dia tidak berbuat begini.Bagaikan air sejuk yang mengalir pada badannya.Nyaman sekali.Daniese bergerak sedikit.Membuatkan Young-Hae tersentak.Lantas dia tersenyum.Dia menarik kerusi yang berada di sisi katil itu dan duduk.Dia menguap.


"Maafkan Hae,Niese.Hae masih lagi cintakan Niese."Katanya sambil mencium tangan Daniese dan terus terlelap di pangkuan sisi katil itu.

4 ulasan:

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    3 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=