hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Rabu, 6 Januari 2010

Prolog..





"Wei!wei!diorang dah datanglah...diorang datang dah..cepatlah..."Kata pelajar perempuan itu kepada kawannya yang sedang di ruang makan.
"Iye ke?alamak..aku lupa bawa bedaklah arini..."Pelajar itu bingkas bangun sambil menyandang beg Louis Vuittonnya.


"Tengok..kita dah lambat..dah ramai orang pun...ni semua pasal kaulah.."Rungutnya.Tetapi kawannya tak layan..


Di hadapan masuk pintu sekolah itu sudah pun dikerumi oleh pelajar pelajar lelaki dan perempuan.Sebuah kereta Limousine Lincoln bewarna putih memasuki perkarangan sekolah.Semua pelajar menjerit.Tak kiralah pelajar lelaki atau perempuan.


Seorang pelajar lelaki keluar daripada kereta itu.Kemudian seorang lagi.Dan seorang.Dan seorang.Dan seorang.Dan seorang lagi.Dan seorang.Dan seorang.Dan seorang.Dan yang terakhir keluar daripada limousin putih itu menjadikan bilangannya 10 orang. Pelajar masih menjerit.Tetapi kali ini lebih kuat lagi-lagi yang perempuan.Biasalah..

Kesepuluh oleh mereka mula melangkah masuk.Mereka tahu yang mereka menjadi tumpuan.Mereka tak kisah sebab dah biasalah katakan..artis..

"Fiz,kau rasa bangga tak jadi Miracle ni?"Bisik Farhan kepada Hafiz.Hafiz dengan selambanya sempat membuat gaya ala-ala control macho...haha...


"Eh..mestilah bangga..tapi tak bestlah..boring dengan diorang ni.Asik orang yang sama jek.."Mulut Hafiz dijuihkan kepada peminat mereka yang mengerumi.


"Memang boringkan..pastu semuanyer tak cantik..buruk-buruk jek aku tengok.."Farhan tersengih.Memerli peminat mereka.


"Kau ni..pompuan aje yang dalam kepala otak kau tu kan?"Sampuk Emran yang berada di belakang Erman.Mereka berdua kembar tahun.Emran bulan 1 Erman bulan 11.


"Farhan..biasalah..."Dia menjungkitkan bahunya.Yang lain hanya ketawa.


"Ssshhhh,kata kontrol macho..senyaplah.."Syamil memberitahu."Baik bosss.."Mereka yang lain menjawab.


****************************************


Mereka pergi ke bilik khas yang telah disediakan oleh pengarah untuk dijadikan tempat rehat special buat diorang.Satu tv LG berukuran 42 inchi,sofa White Sectional,sepuluh buah laptop berjenama Apple tersusun di meja komputer.Satu rak buku bewarna putih diletakan sebelah tv.Nampak sungguh ringkas tetapi mewah.Satu lagi bilik menempatkan alat-alat muzik.


"Daniel,koleksi buku kau ni aku pinjam boleh tak?aku ada testlah esok.."Soal Haqem.


"Hah?pinjam buku?boleh..tapi jangan rosakkan tau?"Daniel menjawab tetapi tidak memandang kerana matanya hanya fokus kepada buku yang dipegangnya.


"Huh..buku je yang dia tahu.."Adam merungut."Biarlah..dia kan budak genius..."Syamil menjawab.


"Emi,kau nampak tak Ipod aku?"Tanya Danish."Entah...aku tak tahu..."Emizal hanya menghadap laptopnya semenjak mereka masuk dalam bilik itu.Emran dan Erman duduk di sofa sambil bermain psp diorang,bising dengan bunyi kekalahan tak puas hati.Farhan dah on the phone duduk di sebelah Emran,Hafiz dan Adam pula berada di bilik muzik untuk berlatih bagi konsert mereka yang akan datang.Pintu bilik diketuk.Muncul seorang lelaki separuh umur.


"Pengetua rupanya..ada apa?"Kurang ajar saja bunyinya.


"Kamu semua ada mesyuarat dengan pengarah sekarang juga."Pengetua memberitahu.


"Mesyuarat??!!"Mereka semua tercengang.Kenapa tetiba jek mesyuarat diadakan?


"Sekarang ke?"Bendul Emizal bertanya.


"Taklah..tahun depan...bengong!sekaranglah!!"Syamil menjerit dekat dengan telinga Emizal.


"Iyelah...saje je aku tanya..aku tak pekak lagi,jadi janganlah jerit kat telinga aku ni.."


Mereka yang lain hanya ketawa kecil melihat Emizal yang terkulat-kulat apabila Syamil menjerit betul-betul di tepi telinga dia..Emizal memang begitu.Harap jek suara sedap,tapi lurus bendul.


*************************



"Kenapa jualan album sekarang berkurang hah,pengarah?"Tanya Daniel malas selepas meneliti satu kertas tentang peratusan jualan album.


"Bukankah dulu peratusan album kita mencecah 70% peratus?Tapi kenapa pulak kali ini hanya 40%peratus?"Syamil meluahkan ketidak puas hatinya.Yang lain juga begitu.Masing-masing muka bengang.


"Kamu tak cukup bagus lagi..jadi jangan berlagak macam sekolah ni kamu punya.."Pengarah menyindir.Mana taknya,sering aje mereka ponteng kelas,tapi bukanlah semua.Syamil,Daniel,Danish,Haqem dan Hafiz tidak pernah melakukan itu.


Masing masing diam.Pengarah menyambung lagi.


"Penjualan album kamu ini kurang kerana terdapat satu kumpulan Junior's macam kamu ini telah memecahkan rekod penjualan album terbanyak pada tahun ini.Peratusan meraka adalah 90% peratus."Terang pengarah.


"Banyaknya!!Siapa diorang tu??Diorang lagi hebat dari kita ke?"Farhan tanya.Mereka yang lain hanya menunggu jawapan.Teringin jugak nak tahu.


"Kumpulan yang hanya mempunyai 7 ahli,iaitu SaPpiHire,yang telah mengeluarkan 7 album setakat ini.Mempunyai 5 lelaki dan 2 perempuan."


"Perempuan?cantik tak?"Farhan dah mula.Pantas tangan Syamil memukul kepala Farhan.Farhan mengaduh kecil.


"Jadi mereka lagi hebat dari kitalah..pandai ke diorang tu?"Daniel menyoal.Mentang-mentang dia pandai...


"Kamu jangan memperlekehkan diorang Daniel,dua orang daripada mereka mempunyai IQ yang tinggi,antara 100 dan 200..."Pengarah merengus.Apalah nak jadi dengan diorang ni...


"Apa yang kami perlu buat?"Soal Danish.Pengarah tersenyum.


"Yang kamu perlu buat adalah hadiri kelas,jangan ponteng,improve skill nyanyian kamu,bekerjasama,aktif dan jangan buat masalah."Pengarah mengharapkan anak seninya berkembang.


Mereka semua mengangguk.Tidak tahu hendak bercakap apa.


***************************************




Mereka semua senyap.Masih bengang dengan apa yang dicakapkan oleh pengarah tadi.Bagaimana mereka boleh tak sedar yang ada kumpulan yang lagi hebat dari diorang,nampaknya ada sedikit keinsafan dalam diri mereka.


"Nampaknya kita kene berubah."Syamil mendahului.Mereka yang lain mengangguk.


"Ye.Takkanlah kita nak kalah kat kumpulan yang ada 7 orang tu..apa nama kumpulan diorang?Sappi..sappire?"Emran bingung.


"SaPpiHire!"Hampir kesemua mereka menjawab.Suasana di bilik itu kembali senyap.Syamil memandang ke muka ahli-ahlinya.


"Jomlah kite keluar makan dulu?nak?"Syamil mempelawa.Sekali lagi mereka mengangguk




Menu makanan harini adalah stik bakar,salad,sushi,ayam panggang dan kentang goreng.Minuman pula jus oren,jus belimbing dan jus lobak.Sedang mereka duduk menikmati makanan mereka,tiba-tiba kedengaran suara pelajar menjerit dari arah pintu hadapan.Mereka semua pelik.


"Kenapa diorang jerit?Bukan ke kite tak buat ape-ape pun?"Adam pelik.


Yang lain mengjungkitkan bahu menandakan tidak tahu terus aje menyambung makanan mereka.Mungkin masih bengang.Adam yang tak puas hati dengan reaksi ahlinya bangun menuju ke tepi tingkap.Mereka cuma memandang Adam melangkah dari meja makan diorang dan apabila Adam menjerit.Diorang semua meninggalkan makanan diorang dan ikut Adam.


"Wei,tengok sini!"Adam menjerit kepada ahli kumpulannya.


Mereka semua tercengang.Tidak percaya dengan apa yang dilihat?Kenapa mesti sekolah ini?Alamakk!!!!!!!!!!


4 ulasan:

  1. mula2 ingat awak buat fanfic... rupanya bukan...

    banyak sangat watak nak kene ingat...(sib baik muka semua terkenal.. hehe)

    ala2 BOF plak starting dia ni... but it's ok... saya akan ikuti perkembangannya.

    BalasPadam
  2. Gah! Love it love it love it! & it took me quite a while actually sblm dapat tangkap maksud kembar tahun tuuh. But then again, shouldn't it be kembar bulan memandangkan seorang bulan 1 dan seorang lagi bulan 11? Hahaha! Aaaaanyway, I LOVE IT! I'm not much of a korean fan though. But still, love it! :)

    BalasPadam

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    4 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=