hello...

Supported by votechdirect.com .

jom chat...


ShoutMix chat widget

korean song

Khamis, 14 Januari 2010

Episod 4




"Ahh... penatnya..."Ikhwan mengeluh.Dia berhenti lalu dia duduk dikerusi yang telah disediakan di pusat membeli belah disitu.Depannya adalah kedai kasut.Dania dan Daniese berada di dalamnya.



"Penatke?"Tanya Irsyad.


"Penatlah...kau tu okey sebab kau selalu temankan adik kau shopping sebab tu kau tak rasa penat.."Azzam mencelah.Dia turut duduk disebelah Ikhwan.



"Sama je macam Fitriey....aku pun tak tahu dia dah jalan ke mana dah..tahan betul dia shopping.."Ikwhwan berkata.






Dia memandang ketepi.Kelihatan E-One sedang berdiri menyandar ke dinding sambil matanya memerhatikan Daniese.Irsyad dan Azzam juga perasankan perubahan E-One.



"One,kenapa kau asyik pandang sana je?"Soal Azzam.Pelik



"Hah?"E-One bingung."Cakap dengan aku ke?"



"Taklah...cakap dengan dinding."Ikhwan mencelah.



"Daniese tu dah lain kan sekarang?"Irsyad berkata.Mereka semua turut memandang Daniese yang khusyuk memilih kasut bersama Dania.




"Aku rasa,teman lelaki dia yang meninggal masa kemalangan tu,masih ada dalam hati dia lagi tak.Aku rasa dia masih belum dapat lupakan dia lagi.."E-One berkata.Pandangannya masih lagi terarah pada Daniese.Mereka semua diam.Tak tahu apa yang nak dikatakan.



***********************





"Daniese,kasut ni cantik tak?"Dia menghulurkan kasut bewarna hitam itu ke arah Daniese.




"Hemmm...tak berapalah...cuba kau tengok yang ni,lagi cantik.."Daniese menunjukkan kasut berjenama kepada Dania.



"Okeylah..tapi kau yang kene bayar ye..cepat tau,aku tunggu kat luar.Diorang tu semua dah boring nampak..aku temankan diorang..chao!!"Dania meletakkan kasut yang dipegangnya dan meletakkannya di rak dan terus keluar daripada kedai kasut itu.




"Sesedap jek suruh aku bayar..ish..ish.."Sebaik sahaja dia berpusing untuk pergi ke kaunter bayaran,dia terlanggar seseorang.


BUK!!

Pelanggaran yang kuat itu membuatkan dirinya jatuh terduduk.Dia mengaduh kesakitan.



"Maafkan saya cik."Suara garau menerpa.Lelaki itu menghulurkan tangannya.Daniese menyambut huluran tangan itu.Dia mengambil kasut yang terjatuh tadi.



Apabila dia bangun,dia terkejut.Lelaki itu juga sama.Mereka masing-masing diam.Daniese sebak.Dia cuba berlalu dari situ.Namun,tangannya ditarik oleh lelaki itu.Daniese terdorong ke belakang.




"Daniese...."Lelaki itu menyebut namanya.Daniese menahan air matanya.Dia tahu,tak guna dia menangisi lelaki itu lagi.



"Daniese....awak tak kenal saya lagi?"Lembut suara lelaki itu.Daniese memberanikan dirinya menghadap muka lelaki itu.Dia mengesat air matanya yang mula menitis.




"Maaf,saya tak kenal awak."Dia merentap pegangan lelaki itu dan terus keluar daripada kedai itu.



***************




"Daniese,mana kasut tu?"Tanya Dania.Kemudian dia perasan mata Daniese merah.Pasti ada sesuatu yang telah terjadi.



"Kenapa dengan kau Daniese?Ada orang kacau kau ke?"Dia risau.



"Takde pape..jomlah kita balik hotel."Daniese mendahului mereka.E-One pelik.Pasti dia dah muncul semula.



"Kenapa awal sangat balik?Aku belum lagi beli beg tangan jenama Louis Vuitton untuk adik
aku..nanti dia bising macam mane?"Fitriey merungut.Azzam menguatkan volume radio.Fitriey tak puas hati.Dia matikan terus radio kereta Porsche milik Azzam.Yang lain berada di hadapan bawa kereta dengan laju.



"Kenapa kau ni?"Azzam menghidupkan balik radio.Fitriey mematikannya balik.



"Woi!!rosaklah aku punya radio!"Marah Azzam.Geram dengan perangai Fitriey.




"Aku tanya,kenapa balik awal sangat??"Fitriey mengulang balik soalannya.Azzam mengeluh.



"Dia dah datang balik.."



"Datang balik?Siapa?"Fitriey cuba menangkap maksud sebalik percakapan Azzam.



"Dia...patutnya dah mati masa kemalangan..kau pun tahu siapa dia kan?"Azzam memberi klu.Dia tak mahu emosi dalam keadaan memandu.Bahaya akan datang.
Fitriey terlopong.Bagaimana ni?




"Wei!Kalau Daniese tahu kite sembunyikan perkara ni daripada pengetahuan dia macam mane?"Fitriey risau.Daniese tak boleh terluka lagi.Mereka semua sudah cukup menderita bersama Daniese pada 2 tahun yang dahulu.




"Kalau kau diam,takkan dia tahu punya.."
Handphone Azzam berbunyi.



"Hello?"Fitriey hanya duduk diam memikirkan supaya rancangan mereka tak terbongkar.Bingung juga.Kalau Daniese tahu,dia tak dapat bayangkan apa yang terjadi.Tapi dia cuba bayangkan juga perkara itu.



"Okey..kita orang pergi sekarang.."Kata Azzam dan terus memutuskan panggilan.



"Fitriey,Dania ajak kita pergi Mc'd,nak tak?"Tanya Azzam.Tapi Fitriey tak jawab.Azzam menoleh sekilas.Rupa-rupanya orang yang ada di sebelah dia tengah berangan.Dalam otaknya ada rancangan nakal.



"Fitriey!!Dania accident!!"Azzam menjerit.Fitriey terkejut.




"HAHH!!!ACCIDENT!!??"Fitrey kelam-kabut.Azzam ketawa macam nak pecah perut.



"Wei..kau tipu kan??"Fitriey mengepal penumbuknya.Geram dipermainkan oleh Azzam.Azzam masih lagi ketawa terkekeh-kekeh.



"Abistu..aku panggil kau tak jawab..emm kau tengah berangan pasal apa tadi?"Azzam masih lagi ketawa tetapi kali ini perlahan.



"Tadi aku berangan,kalaulah dia tahu..kite nanti dibunuh agaknya."Sekali lagi Azzam meletuskan ketawanya.Fitriey menarik muka masam.Tapi lama-kelamaan dia juga turut ketawa.



"Dani ajak gi MC'd,jom lah kite pergi.."Azzam mengajak.



"OK..Jomlah.."

2 ulasan:

JoM LePaK SiNi

  • Terima Kasih Cinta Bab 5 - BAB 5 “APA ni, Dhia?” Nadhrah bercekak pinggang di depan aku sambil menilik aku dari atas ke bawah. Kenapa pula nak tengok aku sampai macam tu sekali? A...
    3 tahun yang lalu
  • Batam dan Pulau Bintan - Assalamualaikum Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik2. Trip ni adalah bersama family , dan membawa ibu bersama adik2. Total budget ...
    3 tahun yang lalu
  • dust - ~ recommended music: you get me so high - the neighbourhood ~ “You know what’s wrong with you, Song Mingi?” Yunho slurred, the bottle of soju still in hand...
    4 tahun yang lalu
  • Fareez itu suami aku! Bab 3 - Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit d...
    9 tahun yang lalu
  • cinta sunbae 31 - “ Andai awak tahu, perasaan saya pada awak, Isya. Dan andai awak turut ada perasaan yang sama pada saya… hidup saya akan jadi cukup bermakna.” Khairul me...
    13 tahun yang lalu
  • Episod 25 - Suasana di lapangan terbang itu riuh dengan jeritan-jeritan peminat kumpulan SapPhire dengan Miracle.Entah dari mana mereka tahu tentang berita bahawa mere...
    13 tahun yang lalu
  • pasal Endless Love - sapa2 yang nak baca entry baru Endless Love, sila ke Colours~Melody and Harmony :) Hana akan siarkan setiap entry baru kat situ tapi untuk entry lama akan ...
    13 tahun yang lalu
  • Bab 47(AKHIR) - Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi m...
    14 tahun yang lalu
  • chongmal mianhae.. - hye... korang sume.. first of all Sl nk minta maaf coz da lame x update blog.. br balik umah ney... then another sorry coz tomboy's love season 3 x dapat dis...
    14 tahun yang lalu

Pengikut

About Me

Foto saya
oppa kitorg=kyufa=ryeowook,hankyung & siwon famin=sungmin,kyuhyun & yesung hehe...*_=